JOHOR BAHRU 15 Okt. – Duta Jepun ke Malaysia, Masahiko Horie menyarankan agar negara matahari terbit itu mengamalkan dasar pandang ke barat yang merujuk kepada negara ini.
Horie berkata, negaranya wajar belajar daripada Malaysia terutamanya mengenai kemampuan rakyat majmuk negara ini hidup bersatu padu dan ciri-ciri universiti tempatan yang lebih bersifat antarabangsa.
“Jika sebelum ini, Malaysia mengamalkan dasar pandang ke timur, saya berpendapat sudah tiba masanya Jepun pula mengamalkan dasar pandang ke barat.
“Pandang ke barat bukan merujuk kepada negara-negara Eropah sebaliknya dari segi geografi, Malaysia berada di barat dari Jepun,” katanya kepada pemberita selepas melawat Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai di sini hari ini.
Horie berkata, di Jepun tidak ada kepelbagaian bangsa dan budaya seperti di Malaysia malah beliau kagum dengan konsep 1Malaysia yang dapat memantapkan lagi perpaduan di negara ini.
“Di Jepun, bahasanya sama, budayanya sama, berbanding kepelbagaian di Malaysia.
“Di Malaysia kaum lain turut meraikan sambutan perayaan kaum yang lain,” katanya.
Menurut Horie, universiti di Jepun juga tidak banyak mengambil pelajar luar negara berbanding universiti tempatan yang lebih berwajah antarabangsa.
Katanya, pihak akademik di Jepun sewajarnya belajar daripada Malaysia untuk membuka pintu dan menarik lebih banyak pelajar luar negara belajar di universiti di negara matahari terbit itu.
“Memang universiti di Jepun menduduki ranking yang lebih tinggi namun bilangan pelajar luar negara di sana lebih rendah berbanding universiti di Malaysia,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UTM, Prof. Marzuki Khalid berkata, universiti itu kini mempunyai kira-kira 2,000 pelajar luar negara.
“Usaha juga giat dijalankan untuk menjadikan UTM lebih terkenal di peringkat antarabangsa menerusi program penghantaran kira-kira 5,000 pelajar UTM untuk menjalani kursus selama dua minggu di universiti luar negara,” katanya.
Marzuki berkata, UTM adalah antara universiti tempatan yang banyak menjalankan lawatan kerjasama dan perjanjian persefahaman (MoU) dengan universiti di Jepun.
Beliau berharap kerjasama yang lebih erat dapat dijalinkan pula antara UTM dengan pihak industri di Jepun bagi memanfaatkan teknologi tinggi yang lebih mesra alam.
Retreated from Akhbar Sampah
Komen aku: Aku malas nak komen sebab benda ni aku amik dari blog lain. Kalau nak tau lebih, (click) ni. Satu benda yang aku nak ulang balik (yang aku bold kan), universiti-universiti kat Malaysia ni jelas lebih pentingkan DUIT dari KUALITI.. Berita bodoh dr akhbar bodoh ni mmg suke memperbodohkan melayu-melayu bodoh..
Gambar ni aku ambik dari page facebook member aku yg mmg anti-UMNO.. Aku tergelak sampai mengalirkan air mata laki sejati bila mamat jadah ni tag muka seko2 mak cik ni ngan nama member aku.. Haram nyer perangai..
Wakaka... Punya la excited nak mencapap kat media sampai muka serupa ngan Orang Utan kat Wildlife Center.. Yang tgh nampak jambul tu plak Gorila betina yg memimpin Persatuan Orang Utan Malaysia..
P/S: Aku bukanlah penyokong mana-mana parti politik.. Tapi muke diorang dah mmg macam orang utan berebut pisang.. Nak wat camne..
Sejak form 3 dulu, aku dah mula mengagumi sebuah bangsa dan negara yg unggul di dunia, Jepun. Dari aweknya yg comel dan anime yg penuh dgn effect alam, hinggalah budaya hidup mereka. Segalanya bermula sejak aku mula mengenal Yahoo Messenger, sebuah alat untuk berchatting yg plg canggih pada masa tu sebab boleh voice dan video msg ke seluruh dunia tanpa perlu mengeluarkan duit sesen pon (tak termasuk bil internet la). Aku lebih prefer Yahoo Messenger dari mIRC kerana aku sgt bencikan makhluk2 kuat menipu serta kekurangan kasih syg dan nafkah batin yg sentiasa memenuhi ruang sembang disana (masa tu mIRC feymes lagi)..
Melalui Yahoo Messenger ni la aku mula mencuba nasib di Japan chat room untuk berkenalan dan mendapatkan seorg dua gadis jepun sebagai awek aku. Mane la tau boleh wat jadi bini terus ke. Aku siap belajar sendiri bahasa Jepun dan memasang angan2 untuk gi belajar kat sana pas SPM nnt dan membawa pulang menantu jepun, hadiah buat ibubapa ku yg tersayang. Aku siap kata kat ibu aku, "Kawen ngan gadis melayu?? Peliss la.. Awek Jepun baru ade class...". Ibu aku tersenyum (atau tersengih) menjwb, "Tgk je la ngan org mne dia kawen nnt.." Sikap ni kini diwarisi oleh adik laki aku yg form 2 skang ni. Tengok je la ngan orang mane dia kawen nanti..
Ape yg istimewa sgt Jepun ni bagi aku?? First skali, mesti la awek-aweknya yg comel, putih dan gebu. Ditambah lagi dengan budaya menundukkan kepala tanda hormat, membuatkan mereka kelihatan sgt sopan dan comel. Lagipun bahasa Jepun tak susah sgt untuk dipelajari. Aku belajar sendiri pun boleh borak2 simple ngan diorg. Setakat hiragana ngan katakana tu aku boleh baca relax je (dulu la.. sekarang dah byk lupa). Yang paling penting, semakin aku mengetahui budaya mereka, semakin kagum aku dengan mereka. Paling aku kagumi, budaya kerja mereka. Sangat rajin dan sangat komitmen. Kalaulah Jepun ni sebuah bangsa dan negara Islam, aku pasti bangsa mereka akan berjaya memartabatkan kembali kegemilangan Islam dan menyedarkan kita semua bahawa Islam merupakan agama yang unggul, bukan agama bagi kebanyakkan sampah masyarakat dan bangsa pemalas kat dalam dunia ni.
Biarpun cita-cita untuk berfoya-foya dengan awek2 comel disana masih belum tercapai, aku masih berazam dan yakin suatu hari nanti aku akan menjejakkan kaki disana dan mendalami dan merasai sendiri budaya hidup mereka. Manalah tau isteri kedua aku nanti gadis Jepun yg comel.. (^_~)

Suatu hari di Fakulti Sains sebuah Universiti Tempatan, sedang berlangsung ujian berkaitan serangga.Ujian kali ini sungguh susah.Mahasiswa mesti mampu menentukan jenis dan nama serangga dari potongan-potongan kaki yang diberikan oleh Pensyarah.Dua jam sudah berlalu. Tidak ada seorang pun pun yang boleh menjawab soalan ujian.
Seorang mahasiswa yang amat kecewa memutuskan untuk keluar dari dewan Ujian, dia menghempas daun pintu dengan kuat.Dummmm!!!! Melihat keadaan itu, pensyarah didalam dewan marah dengan berkata.Hey! suka hati mak bapak hang je hempas pintu tu ye? Siapa nama kau!!! Mahasiswa yang sudah terlanjur berada di luar segera menjulurkan kakinya ke pintu sambil berkata: Nie kaki saya, Cuba encik teka!! Siapa nama saya?!
Selamat Menduduki Final Exam~
P/S: Untuk pengetahuan korang, aku ade 1 lagi blog.. Blog tu aku wat atas dasar keterpaksaan dan kurang rela dengan arahan ketua blok aku. Blog tu berkisarkan tentang kehidupan kami (aku dan budak blok aku) dalam mengharungi suka-duka kehidupan di Universiti Teknologi Malaysia, di Blok L37, Kolej Kediaman Tu Hussein Onn khususnya... So, sila jenguk blog ni ye..
*Promosi ini tidak ditaja oleh mana-mana media tempatan...
Raya tahun ni lebih istimewa buat keluarga Mak Lang aku yang menerima kehadiran 'orang baru' sekaligus menaikkan pangkatnya daripada seorang ibu selama 27 tahun menjadi seorang nenek dan nenek aku di'up' lagi menjadi moyang. Bile dah dapat cucu pertama ni, seluruh ahli keluarga diorg pun jadi excited. Sumer menunjukkan kasih syg yg teramat sgt kat baby tu, tp baby tu wat muke cool je.. Bile tgk baby ni, aku mula rase kesian. Bukan kesian kat yang ni, tp kat sesetengah baby yg baru sehari dilahirkan dah menjadi santapan biawak angkara ibu bapa tak bertanggungjawab yg hanya tau menikmati 'plug and play' semata-mata tanpa mengambil kira faktor-faktor pencegahan..
Anak merupakan anugerah Allah yg sgt kompleks. Menjaga dan mendidik anak bukan la seperti kita bermaen ngan anak patung dizaman kanak2 dulu. Lama dulu aku ade terfikir, agaknya apakah cara yg paling sesuai untuk mendidik anak aku nanti? Bagi aku, tanggungjawab yg terpaksa dipikul oleh ibu bapa dalam menjaga dan mendidik anak merupakan satu task yg sgt susah. Salah cara didikan boleh menghasilkan anak yg boleh dikira sebagai 'hasil kajian' yang gagal.
Aku mulakan reseach dengan memerhatikan cara parents aku mendidik kami adik beradik. Parents aku kedua-duanya merupakan seorang yg mesra, tegas, penyayang, dan adil dalam membahagikan kasih syg kepada anak-anak. Namun begitu, mereka membawa role yg berbeza. Ayah aku sinonim dengan sikap beliau yg tegas dan garang. Kami dididik dari kecil untuk menghormati ayah dan to fear his anger. Mind set kami adik beradik, nak buat pe2 pun, jgn wat ayah marah. Kata-kata ayah juga adalah absolute. Bila ayah kate tak, maka jwpn nyer adalah tak. Ibu aku plak seorang yg tegas dan lembut. Masa kecik2 dulu, ibu lah merupakan org yg plg berani aku nak lawan sebab ibu tak segarang ayah. Berbeza dengan ayah, aku menghormati ibu kerana sikap lembutnya. Jadi, setiap perkara yg aku lakukan, aku tak nak wat ibu sedih.. (Tapi kdg2 de gak la.. Huhu).. Ibu gak seorang yg sporting dan pendengar masalah yg baik. Segala masalah kami lebih selesa dikongsikan dgn ibu. Kerana itu gak, ibu merupakan org yg plg rapat dgn kami berbanding ayah.
Kesimpulan dari observation aku, perkara yg plg penting dalam proses mendidik anak2 adalah menanam rasa hormat kepada ibu bapa yg tinggi dlm diri anak2. Kenapa rasa hormat? Dengan adanya rasa hormat yg tinggi ni, anak2 akan sentiasa mendahulukan nasihat dan arahan ibu bapa dalam setiap perkara yg ingin mereka lakukan. Rasa hormat ini perlu ada sejak mereka kecil lagi. Dgn ini, proses mendidik anak2 akan menjadi lebih mudah kerana anak2 lebih mendengar kata. Namun begitu, untuk dihormati, ibu bapa harus menjadi role model yang baik dr kaca mata anak2 mereka terlebih dahulu. Tanpa contoh yg baik dr ibu bapa, bagaimana anak2 nak menghormati mereka. Jadi, bila nak menyalahkan anak, ibu bapa patut muhasabah diri mereka sendiri terlebih dulu..
Pas sahur tadi, aku yg dah besa tak sambung tido memulakan pagiku yg indah ni dgn melayari internet. Aku sebenarnya tak tau kemana nak melayari bahtera aku kat lautan internet ni, dan semestinya aku tak akan pegi kat website yg bukan-bukan. Aku kan baek.. Huhu.. Pastu aku teringat la pasal keta F1 (ataupun A1.. Aku pon tak pasti) 1 Malaysia yang aku bace kat cursingmalay. Serius shit lawa giler.. Bile tengok je aku rase seakan-akan api semangat patriotik didalam diriku ini membuak-buak dan aku dpt rasakan bahawa pelumba negara kita yg menggunakan keta ni nnt akan menjadi juara kerana mereka akan turut merasakan pe yg aku rasakan ni.. Malaysia Boleh!!!
Disebabkan munculnya keta F1 1 Malaysia ni, aku mula meminati bidang motosport ni. Biarlah seberapa byk pun duit cukai Ayah dan Ibu aku yg kerajaan abiskan, aku tak kesah. Minat nyer pasal.. Atas dasar minat ini juga, aku mula mencari-cari info tentang keta idaman 1 Malaysia ni dengan harapan keta ni bakal memberi asap sebagai santapan kepada pelumba-pelumba Ferrari, McLaren dan sebagainya di Litar Sepang nanti. Lompat punya lompat, aku terjumpa pulak keta sport ala-ala Mazda Rx8 buatan Proton (dan Lotus) ni..
Selepas pembacaan teliti dilakukan, barulah aku tau yg keta ni dah ditayangkan (ditayangkan semata-mata dan untuk selamanya..) dalam plastic box sejak tahun 2007 lagi. Giler la tak up to date aku ni.. Patut la Ayah aku selalu bising, pengetahuan am aku kurang katanya. Kini aku dapat menerimanya dgn rela.. Maafkan kekurangan anakmu ni, Ayah.. Kini aku berazam, pas keja nnt aku nak beli keta Proton PM5 ni untuk Ayah dan Ibu ku yang tercinta. Aku tau aku mampu sebab keta Malaysia mesti la dijual dengan harga yg 'rendah' dan kualiti terbaek untuk rakyat Malaysia berbanding dengan di luar negara sejajar dengan slogan "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan".. Terima kasih kerajaan Malaysia!!!
Hari ni dalam sejarah, aku yang kebosanan tak tau nak wat pe kat kampung aku ni mencapai sebuah buku yg agak usang. Majalah Remaja keluaran Oktober 2005 tersebut aku baca satu persatu sampai mata naik lebam, tangan mula terasa kebas dan tengkuk mula lenguh. Then, aku jumpa artikel ni yang bila aku baca, aku rase cam betol pulak. Aku kongsikan ngan korang. Mane la tau korang pon rase betol gak mcm yg ak rasekan..
Ciri-ciri yang ada pada orang yang lahir pada bulan Disember...
* Sangat setia dan pemurah.
* Bersifat patriotik.
* Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
* Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
* Bercita-cita tinggi.
* Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
* Seronok bila didampingi.
* Suka bercampur dengan orang.
* Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
* Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
* Tidak pandai berpura-pura.
* Cepat marah.
* Perangai yang mudah berubah-ubah.
* Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
* Benci pada kongkongan.
* Suka berlawak.
* Pandai buat lawak dan berfikiran logik.
