CORET-CARUT

Write And Share

Setiap perjalanan hidup adalah pengalaman. Setiap pengalaman itu adalah pengetahuan. Setiap pengetahuan bermakna kepandaian dan setiap kepandaian bermakna kehidupan lebih istimewa.
Anda pandai dalam sesuatu perkara? Syabas. Manusia perlu pandai paling tak satu benda dalam hidup dia. Paling tidak. Sedangkan mengikut kajian setiap manusia boleh menguasai sebanyak 154 jenis kepandaina sepanjang hayatnya. Tengok tu, 154 kepandaian. Pandai masak, pandai pandu kereta, pandai computer, pandai berlakon, pandai menipu, pandai bodek, pandai segala pandai. Percaya?
Bayangkan, ada 154 jenis kepandaian. Campurkanlah yang baik dan buruk, semua sekali mengikut pakar-pakar ada lebih kurang 154 jenis.
Anda pandai banyak mana? Berapa jenis kepandaian? Anda satu pun tak ada?
Mana ada orang yang langsung tak ada kepandaian. Orang yang tak berapa betul tu pun ada kepandaian. Dia kalau berjalan tak pernah ditengah jalan raya, tahu dia ikut tepi jalan raya. Walaupun tak berapa betul. Hairan. Kalau otak miring, kata otak tak center, kata gila, tapi kalau berjalan boleh buat kira-kira, berjalan tepi pulak tu. Nak menyeberang pun tahu tengok kiri kanan. Anda tak rasa pelik ke? Saya pelik. Ingin benar rasanya nak Tanya oang gila macam mana dia boleh berjalan di tepi jalan, macam mana dia boleh kenal duit. Lain semua tak tahu, tapi tang duit tahu pulak dia. Pandai pulak tentang duit.
Satu lagi orang gila ni, pandai pulak pakai seluar ya. Ikut logic akal kita, kalau dah gila apa lagi yang dia tahu. Gilalah katakana, otak tak center. Tapi tahu nak berbaju seluar. Walaupun dah hitan serupa bontot kuali. Eh, sensitive cakap bontot, punggunglah, punggung kuali.
Tu orang gila, pun masih ada beberapa kepandaian. Kita? Kita yang pergi kerja dengan tie, dengan kot, naik kereta, tunggang motosikal, ada isteri, ada anak, sekolah pulak tu, setengah orang lepasan university, ada pulak university luar Negara. Kalau university di Amerika ke, England ke, tak hairan sangatlah., sebab bahasa Inggeris sikit-sikit kita boleh faham, yang belajar sampai Jepun, Perancis, Arab, India, Rusia. Waa... sikit punya gila apa nak kuasai dulu bahasa dia orang tu. Wajib pulak tu!
Tengok berapa punya pandai? Tapi anda ada berapa kepandaian semuanya? Pernah kira? Atau pernah putus asa? “Aku ni satu pun tak pandai. Aku ni ngabihkan bogheh yo, (loghat Negeri Sembilan) satu apa pun tak tahu”. “Aku ni, belajar mcam mana pun tak boleh pandai punya.”
Tulah kebanyakan daripada kita. Betullah tu lepasan university, tapi tak pernah cuba-cuba belajar hal lain; betullah tu lepasan luar Negara, cangkul pun dah tak kenal, eleh!
Betullah tu seorang hafiz dan hafizah, tapi buta computer. Contoh. Betullah tu seorang professor tapi setakat teori dan tinggal di kampus university je. Apabila orang suruh buka kedai runcit kat kampong pun tak berani. Contoh. Jangan sensitive.
Kenapa tak mahirkan diri dengan pelbagai kepandaian? Sebab manusia boleh menguasai sebanyak 154 jenis kepandaian. Sebenarnya saya pun mengingatkan diri saya supaya tak berhenti belajar. Proses belajar tak pernah selesai. Kan ada pepatah yang berbunyi, “Apabila seseorang itu berkata aku pandai segalanya, maka di situlah bermulanya detik kebodohannya.”

P/S: Artikel ini dipetik dari sebuah buku Dr HM Tuah Iskandar berjudul Biar Betul-Betul.. Dlm buku ni gak ada menyingkap tentang bagaimana isu curang, poligami dan penceraian berlaku dalam sesebuah rumah tangga secara kronologi.. Mmg menarik!!!



Beli Secara Online!!

Biar Betul-betul
Pengarang : HM Tuah Iskandar
Penerbit : Alaf 21 Sdn Bhd
No. ISBN : 978-967-860-263-6
Harga Buku : RM 10.00


Tanggal 23/5/09, adik aku yg bongsu genap berumur 7 tahun.. Hepi Besday Ammar!!! Disebabkan nak sambut besday ni 1 famili (bkn 1 Malaysia), aku dan Deqnur (yg no 2) pun menyeludup keluar Syirah (yg no 3) dr sekolah dia (MRSM Kuching) sbb minggu itu patutnya dia tak boleh balik bermalam. Kebetulan Amjad (yg no 4) blk bermalam minggu tu, kalau tak, memang kena seludup gak la..

Petang tu, sebelum ambil Amnan (yg no 5) dan Ammar (yg last.. semua sekali 6 org) balik dr tuisyen, aku pergi beli kek dengan Deqnur sbgi pemilih (pembeli gak) kat Secret Recipe. Kek Chocolate Indulgence itu telah ditaja oleh Zahari Corporation (ayah aku).. ^^,

Gambar kek tu.. Kredit utk Deqnur sbb dia yg pilih.. Sedap... :p


Lepas balik beli kek tu, aku pun menyalakan bara utk wat BBQ dgn dibantu Amjad dan Deqnur. Penat betul time tu.. -_-!! Lepas siap bakar ayam, Ibu aku pun dah siap hidang makanan. Aku dan adik2 aku (yg sememangnya dah lapar) pun pergi la mandi dan solat Isyak sebelum makan..

Juadah dah terhidang... Ittadakimasu!!! (Ops.. Baca doa makan dulu)

1) Ayam BBQ



2) Sayur Bakul



3) Fruit Salad



4) Ayam Masak Kuali



Kenyang betul malam tu. Makanan pun tak habis. Tapi aku tau, pasni sikit mesti licin nyer.. Huhu.. Lepas makan tu, kitorang 1 famili pun borak2 sambil2 kemas meja dan basuh pinggan. Minggu depan cuti sekolah, aku plan nak bw adik2 aku pergi pantai. Kalau tak pun, aku nak daki Gunung Santubong ngan Deqnur.. Tengok la jadi ke tak nanti.. Kui3

Time2 tengah mkn tu, aku terperasan kucing umah aku tido dgn gaya bajet cute + pura2 mati..


Lupa pulak besday adik aku sama dgn besday Kak Eza (kazen aku).. Hepi Besday Kak Eza!!! Utk org lain yg turut sama tarikh lahir, Hepi Besday gak!!! ^^,

P/S: Deqnur kutuk aku.. Dia kata, "Eeeeiii, bajet abg penyayang la!!!".. swt..

Seperti yg aku jangkakan, ramai kawan aku komen cara penulisan aku dlm blog ni skema.. Kui3.. Mmg aku saja gunakan Bahasa Malaysia (BM) yg agak skema sbb aku rasakan ianya perlu. Bila fikirkan, dah la sewaktu SMS, berbual, kita gunakan tatabahasa BM SMS dan BM Pasar. Jadi, utk blog ni ada baiknya aku gunakan BM skema supaya aku tak rasa janggal dah menulis dan mengarang dalam BM lagi. Aku ingat lagi waktu mula2 mengarang esei BM selepas hampir 2 tahun aku tinggalkan (sbb dah habis SPM). aku sering kali tersalah taip dgn menggunakan 'short form' malah Bahasa SMS turut aku muatkan dalam esei aku tersebut. Yang bagusnya, esei Bahasa Inggeris (English) boleh pula aku tulis elok2. Adik aku yg masih darjah 5 dah mengalami masalah ni akibat terlalu kerap gunakan Bahasa SMS. Sedih2...

Apapun, utk isinya, aku tetap menggunakan gaya penyampaian 'santai'. Tak ada la org bosan nak baca kan? Hehe.. Mcm tu la serba serbi konsep cuba aku amalkan dalam blog ni. Sayangi bahasa kita, bahasa jiwa bangsa (poyo je).. ^^,

P/S: Sayang Bahasa Malaysia.. Kerajaan Malaysia??? Gi mampus.. Haha

Sebelum melelapkan mata malam smlm, aku sempat memerhatikan koleksi buku2 motivasi kat rak buku rumah aku. Aku mmg suke baca buku sebelum tido ni sbb membaca adalah pemangkin aku untuk tido. Sememangnya buku motovasi byk ayah aku beli terutamanya hasil tulisan Dr HM Tuah. Aku terpandang 1 buku motivasi Dr HM Tuah ni yg berjudul Membina Jiwa Serasi. Aku tertarik utk membaca buku ni sbb aku rasakan keserasian adalah elemen penting dlm membentuk kebahagiaan dan hubungan yg berkekalan (mentang2 dah ade awek).. ^^,

Aku ringkaskan sedikit isi sekadar utk berkongsi ilmu (nak kongsi sumer sini mmg tak mgkn la). Sabda Rasulullah SAW, "Sebarkanlah walau satu ayat pun, nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu
dosa-dosamu". Buku ni amat sesuai bg org yg sdg bercinta, sudah berkahwin ataupun mahu mencari keserasian diri. Jika anda berminat, belilah. Insyaallah, amat berbaloi dan sgt membantu...

Keserasian sebenarnya boleh dibentuk dan mudah dibina. Ia tak semestinya didapati secara semulajadi. Apa yg penting ialah kesanggupan utk bertolak ansur, bersabar dan bertimbang rasa. Dengan adanya keserasian, kita boleh lebih menerima drpd menolak, meskipun si dia amat tak cocok dimata kita. Keserasian bermakna saling melengkapi, bermakna apa-apa yg kurang pada si dia barangkali kita dapat penuhinya manakala apa-apa yg kurang pada kita moga-moga si dia dapat penuhinya buat kita. Mendapatkan pasangan yg 100% memenuhi citarasa kita memang mustahil. Jika matlamat kita sama utk kebahagiaan, serasikanlah diri dengan pasangan, bukan menkontrovesikan diri.

Andai keserasian tidak mampu dibentuk, anda hanya mempunyai 2 pilihan iaitu terus berada disitu dan bertahan menghadapi segala kepayahan ataupun pergi saja. Apa pun keadaannya, bertahan adalah disarankan terutamanya bila mempunyai anak2. Bertahan utk anak2 adalah lebih dituntut. Bayangkan kita mengambil jalan mudah dgn pergi begitu saja, kasihan anak2 yg msh kecil, apalah yg mereka tahu tntg keserasian ibu bapa. Apa yg mereka perlukan adalah seseorang utk dipanggil emak dan bapa.

Berikut ialah 3 tip memperkasakan keserasian anda:

  • Lihat wajah di cermin, senyum dan tanya hati. Apakah aku mmg perfectionist? Jika jawapannya tidak, beritahu diri sendiri aku sedia berkongsi hidup dgn seseorang supaya kesempurnaan itu dapat dibentuk.
  • Lihat pasangan anda, tanya hati, mengapakah dia akhirnya pilihan anda? Tentu ada banyak sebab. Senyum2 pada sebab2 itu dan ulang2 kenangan lalu bersamanya. Tertawalah dgn kelucuan2 dulu dan ukurlah apa yg dilalui kini.
  • Kembali ke alam nyata - betulkan matlamat perkahwinan adalah utk TUHAN dan demi menuruti sunnah pesuruh-NYA. Dengan itu semua masalah tiba-tiba menjadi kecil, yg terlihat di hadapan hanyalah kebahagiaan, tidak lagi air mata.

Beli Secara Online!!

Tajuk : Membina Jiwa Serasi
Pengarang : DR. HM Tuah Iskandar al-Haj
Penerbit : Alaf 21
ISBN : 978-967-860-324-9
Muka Surat : 320 Halaman
Harga seunit: RM 15.00

Sabtu (16/5/09) yg lepas, aku telah pergi ke Permai, sebuah kawasan peranginan di Santubong, Sarawak. Tempat ni merupakan tempat paling sesuai jika anda berada di Kuching dan memilih untuk meluangkan masa di pantai. Bukan itu sahaja, anda juga boleh melakukan aktiviti pendakian kerana kawasan ini berada hanya di kaki Gunung Santubong, sebuah gunung yg terkenal dengan lagenda Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang. Aku pernah mendaki gunung ni berberapa tahun lepas. Mengambil masa setengah hari (bergantung pada stamina) untuk sampai kepuncak, pandangan dari puncak tersebut sgt mengagumkan. Anda boleh melihat laut yg luas terbentang, pantai yg indah dan hutan yg mendamaikan. Aku tak nak cerita pasal pendakian tu, sbb sekarang ni aku nak bercerita tentang picnic + reunion member2 ex-Sekolah Menengah Sains Kuching (form 5 2005).

Mengikut rancangan asal, kami akan berkumpul di Sukma Ria pada jam 9 pg. Dengan mengaplikasikan hukum Janji Melayu, aku pun bangun pada jam 9 pg dan setelah bersiap lebih kurang dalam 9.30 pg, aku bertolak ketempat kejadian bersama sahabat aku sejak dr form 1, Fadil dengan menaiki Kancil. Namun begitu, hukum Janji Melayu yang aku gunakan aku rasa masih kurang tepat kerana bila aku smpi kat sana, sorang pon tak de lagi. Aku ingt bila aku smpi, ada dh diorg semua. Aku pun call pengarah program, Hel dan diarahkan untuk pergi ke rumah Asmah yg terletak tak jauh dr situ. Setelah sampai kat rumah Asmah, didapati Hel, Ayong, Liwau, Alvin, Naim, Deng dan Atiya dah smpi terlebih dahulu. Hukum yg aku gunakan didapati tepat. Smbil menunggu rakan2 lain yg mengamalkan konsep 'on da way' (sentiasa akan memberi jawapan "On da way" apabila ditny bila nak smpi biarpun msh br bgn tido), kami berborak, mengumpat dan mengutuk sesama sndr manakala gadis2 menyiapkan bekalan makanan disana nnt. Dipendekkan cerita, rakan2 yg lain, Qkap, Amir, Fit, Aimi, Vivian, Eqal selamat smpi kemudian. Kami memulakan perjalanan yg mengambil masa hampir 30 minit itu pada jam 12.00 tghari.



Sampai sahaja disana, kami membuang masa kira2 20 minit untuk merancang menyeludup makanan kerana ada ura-ura yg mengatakan dilarang membawa mknn luar. Dengan strategi bergerak dlm 3 group, akhirnya plan yg dirancang tak berhasil dan kami dikehendaki membayar RM13 seorang kerana membawa mknn luar. Rupanya boleh bw mknn, kena byr je. Untuk sampi ke pantai, perjalanan menggunakan kaki telah memakan masa selama hampir 5 minit. Dan akhirnya kami dapat tempat yg teduh untuk melepak + menukar baju + makan.



Disebabkan kami bertolak tengahari, ditambahkan lagi dengan cuaca yg panas terik, keadaan di pantai tersebut membahangkan. Salah seorang dr rakan aku, Fit dengan bahasa dan loghat melayu sarawak bandar berkata, "Panas eh, nantik redup kit lok baruk mandik". Aku pun mengiyakan sbb cuaca masa tu mmg panas. Ku sangka cerah smpi ke petang, rupanya mendung di tengahari, tak sampai 10 minit, akhirnya dia tewas dan pergi ke pantai akibat pengaruh rakan sebaya. Smbil mandi, kami juga melakukan aktiviti lain seperti membina menara lelaki, pertempuran keta tank, dan lumba lari ke pantai. Aktiviti tersebut meletihkan kami dan menyebabkan kami naik kepantai utk makan sebyk 3 kali. Malang sekali, tiada seorg gadis pun yg sudi mandi biar pun diajak berkali-kali. Mereka hanya bermain di gigi air dan melakukan aktiviti mengambil gambar (mengumpat skali kot).




Pada jam 4 ptg, seorang lagi rakan kami, Acet baru muncul. Ni mmg melayu sarawak ori la. Aku pun heran dengan hukum Janji Melayu dan konsep 'on da way' yg dia gunakan. Walaupun rasa letih sekali, kami menggagahkan diri utk menemani Acet ke pantai. Sambil itu, kami mengambil gambar kenangan dengan posing yg pelbagai, antaranya posing melompat ataupun gaya menginjak awan (sukati aku je bg nama). Jam menunjukkan pukul 5 ptg, kami akhirnya mengambil keputusan untuk membilas badan di kolam di kawasan resort berdekatan. Aku pendekkan lagi cerita ni sbb dh penat nak menaip, kami akhirnya bergerak pulang kira-kira jam 6 ptg setelah siap membilas badan dan menukar pakaian. Aku selamat smpi ke rumah dalam pukul 7.30 mlm, lambat sikit sbb Fadil ajak aku gi Wisma Satok utk cari game PS2 yg baru.


Gambar pelangi ni aku ambil masa on the way balik.. Guna kamera handset je.. Kalau ada SLR td sedap gak..


Siapakah Zee Avi??
Zee Avi atau sebelum ini dikenali sebagai KokoKaina adalah seorang gadis warganegara Malaysia yg berasal di Miri, Sarawak namun menetap di Kuala Lumpur sejak berumur 12 tahun. Gadis yg dilahirkan pada 1986 ini melanjutkan pelajaran dlm bidang fashion design di American Intercontinental University di London.



Apa yang istimewa tentang Zee Avi??
Seorang penyanyi dan penulis lirik berbakat, Zee Avi pada mulanya menghantar video lagunya yang pertama di YouTube atas permintaan temannya. Lagunya telah mendapat maklum balas dan sambutan yang sgt positif. Anak kelahiran pulau Borneo ini mempunyai suara yg comel menyanyikan lagu rentak old-jazz dengan melodi dan lirik yang sgt menusuk kalbu. Beliau akhirnya telah menarik perhatian Jack Johnson dari Brushfire Records dan telah menempah nama di industri muzik US. Album pertama beliau bertajuk Bitter Heart mula dipasarkan pada 19 Mei 2009. YouTube telah memperkenalkan beliau dia halaman utama dalam Spotlight: Music Tuesday.

Klik dibawah ini untuk melihat video Zee Avi:

Zee Avi - Bitter Heart

Komen aku??
Tahniah Avi.. Anda membanggakan kerana telah membawa nama Malaysia ke persada muzik antarabangsa. Malah yang mengagumkan, tanpa perlu menyertai mana rancangan realiti (yang aku benci sgt2).. Kami akan terus menyokong anda.. All the best!!! ^^,

Dengan lafaz bismillah, aku pun mula menaip smbil menatap keyboard diselang-selikan dengan monitor untuk mengarang post pertama blog aku ni. Utk post pertama ni, biarlah aku ceritakan serba sedikit tentang asal usul blog aku ni. Aku mula berminat nak menghasilkan blog ni akibat dari pengaruh rakan sebaya yang dah mempunyai blog. Bila cuti semester selama 2 bulan ni bermula, aku lantas membulatkan hasratku utk mewujud blog aku sendiri.

Hampir 2 minggu aku memerah otak mencari apakah nama sesuai untuk blog aku ni. Pada mulanya aku cuba minta pendapat dr rakan2. Ade yang bg cdngn utk menamakan blog aku G.A.J.A.H.D.U.D.U.K, P.U.L.A.S.P.E.R.U.T, dan mcm2 lg idea yg 'bernas' dan namun masih tak dapat memuaskan hati aku ni. Aku berikhtiar mencari idea dengan membaca buku, menonton tv, termenung dan bermain DotA, namun akhirnya aku tetap menemui jalan buntu.

Aku bertanya pada diriku sendiri, apa yang nak aku CORETkan nanti dlm blog aku? Sebab kawan2 aku kata nama blog adalah berdasarkan isinya. Namun begitu, aku sendiri pun tak ada topik khas untuk ditulis nanti. Aku cuma nak menulis apa yang aku suka, yang aku fikir, perasaan aku.. Senang cerita, menCARUT pun boleh.. Jadi selepas itu, aku pun mendapat ilham yg amat aku tagihkan lantas mengambil keputusan utk letakkan CORET-CARUT sebagai nama blog aku.. Begitulah asal usul nama blogku ini..

Sekian, terima kasih...

About Me

My photo
I was born on 24th December 1988 at Dungun, Terengganu but live at Kuching, Sarawak. I'm now studying at UTM (Technological University of Malaysia) located at Skudai, Johor in Degree of Chemical Eng. (Bioprocess). I'm a happy, nice, believe in myself and a motivated person. I like to play computer games especially strategy games. That's a little things about me..

Followers