CORET-CARUT

Write And Share

JOHOR BAHRU 15 Okt. – Duta Jepun ke Malaysia, Masahiko Horie menyarankan agar negara matahari terbit itu mengamalkan dasar pandang ke barat yang merujuk kepada negara ini.

Horie berkata, negaranya wajar belajar daripada Malaysia terutamanya mengenai kemampuan rakyat majmuk negara ini hidup bersatu padu dan ciri-ciri universiti tempatan yang lebih bersifat antarabangsa.

“Jika sebelum ini, Malaysia mengamalkan dasar pandang ke timur, saya berpendapat sudah tiba masanya Jepun pula mengamalkan dasar pandang ke barat.

“Pandang ke barat bukan merujuk kepada negara-negara Eropah sebaliknya dari segi geografi, Malaysia berada di barat dari Jepun,” katanya kepada pemberita selepas melawat Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai di sini hari ini.

Horie berkata, di Jepun tidak ada kepelbagaian bangsa dan budaya seperti di Malaysia malah beliau kagum dengan konsep 1Malaysia yang dapat memantapkan lagi perpaduan di negara ini.

“Di Jepun, bahasanya sama, budayanya sama, berbanding kepelbagaian di Malaysia.

“Di Malaysia kaum lain turut meraikan sambutan perayaan kaum yang lain,” katanya.

Menurut Horie, universiti di Jepun juga tidak banyak mengambil pelajar luar negara berbanding universiti tempatan yang lebih berwajah antarabangsa.

Katanya, pihak akademik di Jepun sewajarnya belajar daripada Malaysia untuk membuka pintu dan menarik lebih banyak pelajar luar negara belajar di universiti di negara matahari terbit itu.

“Memang universiti di Jepun menduduki ranking yang lebih tinggi namun bilangan pelajar luar negara di sana lebih rendah berbanding universiti di Malaysia,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UTM, Prof. Marzuki Khalid berkata, universiti itu kini mempunyai kira-kira 2,000 pelajar luar negara.

“Usaha juga giat dijalankan untuk menjadikan UTM lebih terkenal di peringkat antarabangsa menerusi program penghantaran kira-kira 5,000 pelajar UTM untuk menjalani kursus selama dua minggu di universiti luar negara,” katanya.

Marzuki berkata, UTM adalah antara universiti tempatan yang banyak menjalankan lawatan kerjasama dan perjanjian persefahaman (MoU) dengan universiti di Jepun.

Beliau berharap kerjasama yang lebih erat dapat dijalinkan pula antara UTM dengan pihak industri di Jepun bagi memanfaatkan teknologi tinggi yang lebih mesra alam.

Retreated from Akhbar Sampah

Komen aku: Aku malas nak komen sebab benda ni aku amik dari blog lain. Kalau nak tau lebih, (click) ni. Satu benda yang aku nak ulang balik (yang aku bold kan), universiti-universiti kat Malaysia ni jelas lebih pentingkan DUIT dari KUALITI.. Berita bodoh dr akhbar bodoh ni mmg suke memperbodohkan melayu-melayu bodoh..

4 comments:

ye. aku stuju tentang duit dan kualiti tu. cuma aku rasa, bukan setakat universiti, kolej2 lagi teruk. sekarang pon dah merebak ke sekolah2 da, bayar yuran mengarut2 je.

haha.. senang cter.. institusi pendidikan malaysia ni gtu.. marketing je lebey..

garangnye gewe ema ni..hha

x garang ah.. aku mmg suke bab carut2 nih.. haha

Post a Comment

About Me

My photo
I was born on 24th December 1988 at Dungun, Terengganu but live at Kuching, Sarawak. I'm now studying at UTM (Technological University of Malaysia) located at Skudai, Johor in Degree of Chemical Eng. (Bioprocess). I'm a happy, nice, believe in myself and a motivated person. I like to play computer games especially strategy games. That's a little things about me..

Followers