CORET-CARUT

Write And Share

Showing posts with label Carut. Show all posts
Showing posts with label Carut. Show all posts

KUALA LUMPUR, Jan 8 — Sebuah gereja di pinggir ibu negara dibakar tengah malam tadi ketika pihak berkuasa memberi amaran agar tiada mana-mana pihak mengambil kesempatan termasuk mengadakan perhimpunan haram di sebalik polemik keputusan mahkamah membenarkan akhbar mingguan Katolik, Herald menggunakan perkataan "Allah".


Gereja Metro Tabernacle A/G, yang terletak di Jalan 4/4C Desa Melawati dekat Setapak di sini dibakar, dipercayai oleh beberapa lelaki, kira-kira 12 tengah malam tadi.

Ia tiada hubungan dengan Gereja Roman Katolik yang mencabar keputusan Kementerian Dalam Negeri melarang Herald menggunakan perkataan "Allah" pada tahun 2007.

Pihak polis belum mengenal pasti mereka yang melakukan perbuatan itu dan tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab atas kejadian tersebut.

Beberapa saksi mendakwa mereka ada melihat tiga atau empat orang yang menaiki dua motosikal berhenti di hadapan gereja berkenaan.

"Kemudian mereka memecahkan cermin tingkat bawah bangunan gereja sebelum membaling cecair yang dikatakan mengakibatkan kebakaran di gereja itu," kata kenyataan yang dikeluarkan oleh pengurusan gereja.

Gereja itu terletak di bangunan kedai tiga tingkat dengan ruang pejabat di bahagian bawah.

Pengurusan gereja sudah membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

Sebelum kejadian itu, laman web mahkamah iaitu http://www.mahkamah.gov.my pula telah digodam oleh pihak bertanggungjawab.

Semalam Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan memberi amaran kepada mana-mana pihak yang berhasrat untuk berhimpun bagi membantah isu penggunaan kalimah Allah hari ini agar membatalkannya sebelum tindakan tegas diambil.

Beliau yang memantau secara serius perkara itu berkata polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba mengeruh dan menjejaskan keselamatan negara.

"Jangan buat sesuatu tindakan yang boleh mengusutkan keadaan, kita perlu bertenang kerana ia melibatkan isu agama yang menjadi isu sensitif," kata beliau.

Beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang dijangka berhimpun bagi membantah penggunaan kalimah "Allah" oleh Herald di beberapa masjid di ibu negara selepas solat Jumaat.

Beliau berkata polis tidak mengeluarkan permit kepada mana-mana permohonanuntuk berhimpun meskipun ia adalah perhimpunan secara aman.

Laporan sebelum ini menyebut selain Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) merancang mengadakan bantahan di seluruh negara hari ini.

Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) juga akan menganjurkan bantahan yang sama.

Bantahan yang dinamakan “Satu hati mempertahankan kesucian Islam” diadakan selepas solat di Masjid Negara.

Dua NGO Islam berpengaruh Angkatan Belia Islam Malaysia dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia akan berhimpun di masjid Kampung Baru, Kuala Lumpur pada waktu yang sama.

Musa berkata semua pihak perlu bertenang dan memberi ruang kepada mahkamah untuk menyelesaikan isu itu dan jangan membuat kenyataan yang boleh menaikkan semangat serta kemarahan orang ramai.

Kelmarin, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Lau Bee Lan menangguhkan pelaksanaan perintah yang membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan itu setelah Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail yang mewakili Menteri Dalam Negeri dan peguam mewakili Herald mencapai kata sepakat supaya perintah itu ditangguh sementara menunggu rayuan.

Pagi semalam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata semua pihak perlu menyerahkan kepada Mahkamah Tinggi bagi menyelesaikan isu semasa.

"Kita perlu mengambil sikap bahawa perkara ini perlu diselesaikan melalui mahkamah secara baik..kita sepatutnya tidak menaikkan tahap ketegangan di negaraini.

"Tapi walau apapun, pihak berkuasa sentiasa bersedia dan saya berharap jika ada orang yang mahu menunjuk perasaan, ia tidak akan merebak sehingga menjadi sesuatu yang amat serius... moga-moga ia hanya tunjuk perasaan yang minimum," katanya.

Najib juga berkata kerajaan tidak akan menghalang para penunjuk perasaan jika mereka mahu berhimpun di sekitar kawasan masjid selagi ia di dalam lingkungan batas kawasan itu.

reatreated from themalaysianinsider

Komen aku:

Bagi aku, belum tentu orang Islam yg melakukan perkara ni. Ada kemungkinan sesetengah pihak sengaja nak jd batu api. Tapi, kemungkinan untuk orang Islam yang melakukan tetap ada dan sememangnya dunia akan menyalahkan umat Islam diatas kejadian ini.. Dengan mengambil kira kemungkinan orang Islam bersalah dalam hal ni, maka terbitlah satu komen dari mulut aku secara spontan...

"Aku betol2 dah naik muak dengan perangai orang ekstrimis Islam@Melayu yg bodoh ni.. Ni la sebab tau ikut tanpa berfikir.. Ustaz otak kolot mcm binatang pun nak ikut 100%.. Maksiat yang berleluasa sekian lama ni tak de pulak orang nak pergi bakar pusat perjudian, pelacuran.. Tak pon bakar je masjid.. Dari biar kosong, baek bakar.. Bodoh!!!"


Ni la yang aku cari, Melayu Baru, Islam Hadhari.. Kan nampak ayu dan sopan je.. Ni tak, asyik2 pakai telekong je. Nampak cam busut.. Nak tgk orang mengaji pon jadi malas. InsyaAllah, lepas ni lebih ramai anak2 muda (terutamanya lelaki) akan membanjiri Pertandingan Tilawah Al-Quran berbanding Battle of the Band dan Gig.. Omedetou!!! Omedetou!!

Alif Baa Taa..,
Pak Aji buta mata,
Nak cium anak dara,
Tercium buntut kuda..

Tetiba pulak aku terkenang lagu yg feymes time aku skolah2 dlu..

P/S: Aku perasan muka ompuan ni cam shemale plak.. (*_*)

JOHOR BAHRU 15 Okt. – Duta Jepun ke Malaysia, Masahiko Horie menyarankan agar negara matahari terbit itu mengamalkan dasar pandang ke barat yang merujuk kepada negara ini.

Horie berkata, negaranya wajar belajar daripada Malaysia terutamanya mengenai kemampuan rakyat majmuk negara ini hidup bersatu padu dan ciri-ciri universiti tempatan yang lebih bersifat antarabangsa.

“Jika sebelum ini, Malaysia mengamalkan dasar pandang ke timur, saya berpendapat sudah tiba masanya Jepun pula mengamalkan dasar pandang ke barat.

“Pandang ke barat bukan merujuk kepada negara-negara Eropah sebaliknya dari segi geografi, Malaysia berada di barat dari Jepun,” katanya kepada pemberita selepas melawat Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai di sini hari ini.

Horie berkata, di Jepun tidak ada kepelbagaian bangsa dan budaya seperti di Malaysia malah beliau kagum dengan konsep 1Malaysia yang dapat memantapkan lagi perpaduan di negara ini.

“Di Jepun, bahasanya sama, budayanya sama, berbanding kepelbagaian di Malaysia.

“Di Malaysia kaum lain turut meraikan sambutan perayaan kaum yang lain,” katanya.

Menurut Horie, universiti di Jepun juga tidak banyak mengambil pelajar luar negara berbanding universiti tempatan yang lebih berwajah antarabangsa.

Katanya, pihak akademik di Jepun sewajarnya belajar daripada Malaysia untuk membuka pintu dan menarik lebih banyak pelajar luar negara belajar di universiti di negara matahari terbit itu.

“Memang universiti di Jepun menduduki ranking yang lebih tinggi namun bilangan pelajar luar negara di sana lebih rendah berbanding universiti di Malaysia,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UTM, Prof. Marzuki Khalid berkata, universiti itu kini mempunyai kira-kira 2,000 pelajar luar negara.

“Usaha juga giat dijalankan untuk menjadikan UTM lebih terkenal di peringkat antarabangsa menerusi program penghantaran kira-kira 5,000 pelajar UTM untuk menjalani kursus selama dua minggu di universiti luar negara,” katanya.

Marzuki berkata, UTM adalah antara universiti tempatan yang banyak menjalankan lawatan kerjasama dan perjanjian persefahaman (MoU) dengan universiti di Jepun.

Beliau berharap kerjasama yang lebih erat dapat dijalinkan pula antara UTM dengan pihak industri di Jepun bagi memanfaatkan teknologi tinggi yang lebih mesra alam.

Retreated from Akhbar Sampah

Komen aku: Aku malas nak komen sebab benda ni aku amik dari blog lain. Kalau nak tau lebih, (click) ni. Satu benda yang aku nak ulang balik (yang aku bold kan), universiti-universiti kat Malaysia ni jelas lebih pentingkan DUIT dari KUALITI.. Berita bodoh dr akhbar bodoh ni mmg suke memperbodohkan melayu-melayu bodoh..

Gambar ni aku ambik dari page facebook member aku yg mmg anti-UMNO.. Aku tergelak sampai mengalirkan air mata laki sejati bila mamat jadah ni tag muka seko2 mak cik ni ngan nama member aku.. Haram nyer perangai..


Wakaka... Punya la excited nak mencapap kat media sampai muka serupa ngan Orang Utan kat Wildlife Center.. Yang tgh nampak jambul tu plak Gorila betina yg memimpin Persatuan Orang Utan Malaysia..

P/S: Aku bukanlah penyokong mana-mana parti politik.. Tapi muke diorang dah mmg macam orang utan berebut pisang.. Nak wat camne..

Sempena cuti kemerdekaan Malaysia ke-52, aku bersama seorang gadis istimewa telah mengambil keputusan untuk pulang bercuti ke umah Mak Teh aku di Parit Raja, Batu Pahat. Aku ni jarang balik bercuti sejak dua menjak ni tapi disebabkan ade sikit task yang perlu disetelkan, aku balik la ke sana. Lagipun member aku ramai balik umah minggu tu, bosan la nak dok UTM ni tak de member..

Jam 4.35, bas yang aku tunggu pon sampai. Aku naik la dengan hati gembira berlatar belakangkan lagu Balik Kampung karya Allahyarham Sudirman Arshad. Namun mood gembira aku td diganggu sedikit oleh seko amoi yang merampas sit aku. Lepas confirmkan tu sit aku, aku dengan penuh kemesraan berkata "Ni sit sy, u nak duduk sini boleh tapi mana sit u?". Dengan muka beruk betina bunting nak kene pijak kat perut, amoi tu pandang aku. Beliau patut bersyukur pada Tuhannya kerana aku ni memang seorang yang sukakan kedamaian. Jadi aku bertanya la lagi dengan senyuman dibibir, "Mana sit u? Kite tuka.." Dengan muka yang sama ditambah lagi dengan mukanya yang tak cantik pun (tapi body agak lawa la), dia pun mencabut earphone yang disumbatkan kedalam telinga badak bengapnya tersebut dan membuatkan aku bertanya lagi, "Mane sit u?". Akhirnya dia menunjukkan 2 sit kat area depan bas tanpa perasaan bersalah dan perkataan sorry pun. Mungkin bas tu keturunan atuk dia yang punya, aku cuba berfikiran positif. Aku pun gi je la duduk, dah malas la nak peduli pasal beruk betina tu lagi..

Bas ekspres tersebut bergerak dengan agak bising, mungkin disebabkan absorber depan rosak sikit kot. Sampai kat Tol Skudai, ade lagi 1 scene ala-ala slumdog millionaire yang menarik perhatian aku. Kelihatan seorang budak India yang tak la budak sangat membuang air kecil ditepi jalan. Aku tak marah kat budak tu, mungkin dia dah tak tahan. Tapi aku hairan ngan bapak dia yang tak pandai mengajar anaknya pendidikan moral tu. Petronas kat sebelah tol je, apsal kat situ gak ko nak suruh anak ko kencing? Mungkin aku kurang pengetahuan budaya diorang, so aku assume je la tu tradisi keluarga mereka. Orang kate bapak borek, anak rintik. Anak camtu, bapak camtu. Bapak camtu, datuk camtu and so on..

Sekitar jam 6.15, aku sampai ke destinasi. Aku tunjukkan kat apek driver tu tempat aku nak berhenti. Sebelum turun bas, aku pun ucap terima kasih kat apek tu atas sikap mesra pengguna beliau kat aku. Masa aku nak lintas jalan tu, muncul seko melayu cibai ni bawak moto Ex5 (je...) secara berbahaya. Sian kat gadis disisi aku tu, takut nak melintas. Salah aku gak, malas nak gune jejantas yang agak jauh tu.. Huhu.. Minta maaf la pada pengguna jalan raya kat situ masa tu. Aku tengok keta tak banyak, ditambah lagi aku ni tak melintas cam ayam, aku decide la nak lintas gitu je. Namun begitu, lepas moto tu melepasi aku je, dengan muke melayu kampung dia meludah ke tepi jalan. Nasib baik air liur 'suci' tu tak kena orang yang lalu-lalang tepi jalan. Mungkin dia merasakan jalan tu kampung dia yang punya dan ingin menanda kawasan tersebut macam yang anjing2 buat. Aku cuba berfikiran positif..

Akhirnya aku sampai ke rumah Mak Teh aku dengan selamat. Yang lepas tu biar la lepas. Forgive and forget is the best way to enjoy your life. Namun begitu, sepanjang perjalanan tadi aku boleh nampak persamaan yang membentuk perpaduan kaum rakyat Malaysia. Syukur.. 1 Malaysia!!!



Bila tengok gambar2 ni, aku jadi marah dan emo. Jadi aku yang mungkin jahil ni nak komen sikit pasal perangai gampang sesetengah melayu2 Islam bodoh ni.. Aku sangat tak suka politik, tapi aku bengang bile natang2 ni gunakan nama Islam untuk wat keje jadah ni. Bodoh nyer lancau2 melayu (aku rasa tak de bangsa len terlibat), ilmu cetek nak tunjuk pandai. Ini ke Islam? Islam ade ajar ke menghina agama lain? Kesian kat mak2 yang melaburkan saham akhirat dia kat gampang cam korang ni.. Kita benci dengan perangai Israel, tapi kita sendiri berperangai cam Israel.. Orang kafir pun masih ade yang membela nasib penduduk Palestin sampai ke titisan darah terakhir diorg..

Perpaduan Malaysia? Macam mana nak berpadu kalau camni perangai kita. Jangan bangkitkan isu sensitif perkauman. Boleh faham tak bodoh? Dalam Al-Quran ade sebut ke kuil tak boleh dibina kat penempatan orang Islam? Jumud betol pemikiran spesis akal beruk ni.. Buat sumer ni untuk mempertahankan Islam? Matlamat tak menghalalkan cara walau pe pun. Kita marah bila orang bukan Islam hina Allah, hina Rasulallah, tapi apsal kita ikut jugak perangai diorg? Tolong la.. Cukup2 la wat orang salah faham ngan ajaran Islam.. Kalo nak tunjuk, tunjukkan la atas nama melayu semata-mata. Biar mereka sumer faham yang korang ni melayu gampang, bukan Islam gampang.. Aku nak minta maaf sangat kat sumer orang bukan Islam terutamanya yang Hindu. Mereka sumer ni bukan Islam, mereka Melayu je.. Melayu yang gampang..

Moga Allah kabulkan doa orang2 'mukmin' ni.. Take Beer!!!

Kredit kat minaq_jinggo atas gambar2 diatas..

About Me

My photo
I was born on 24th December 1988 at Dungun, Terengganu but live at Kuching, Sarawak. I'm now studying at UTM (Technological University of Malaysia) located at Skudai, Johor in Degree of Chemical Eng. (Bioprocess). I'm a happy, nice, believe in myself and a motivated person. I like to play computer games especially strategy games. That's a little things about me..

Followers