Hari ni dalam sejarah, aku yang kebosanan tak tau nak wat pe kat kampung aku ni mencapai sebuah buku yg agak usang. Majalah Remaja keluaran Oktober 2005 tersebut aku baca satu persatu sampai mata naik lebam, tangan mula terasa kebas dan tengkuk mula lenguh. Then, aku jumpa artikel ni yang bila aku baca, aku rase cam betol pulak. Aku kongsikan ngan korang. Mane la tau korang pon rase betol gak mcm yg ak rasekan..
Ciri-ciri yang ada pada orang yang lahir pada bulan Disember...
* Sangat setia dan pemurah.
* Bersifat patriotik.
* Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
* Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
* Bercita-cita tinggi.
* Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
* Seronok bila didampingi.
* Suka bercampur dengan orang.
* Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
* Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
* Tidak pandai berpura-pura.
* Cepat marah.
* Perangai yang mudah berubah-ubah.
* Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
* Benci pada kongkongan.
* Suka berlawak.
* Pandai buat lawak dan berfikiran logik.
JANIN PENUH (gaya tidur merengkok)
Anda seorang yang sangat sensitive dan pemalu. Anda ingin yakin betul sebelum menghabiskan tenaga kepada seseorang atau projek tertentu. Pasangan sesuai anda ialah pemuda yang boleh memberi ketenangan perasaan kepada anda. Kalau pemuda ini anda temui, anda sangat bahagia.
TERLUNGKUP (Biasanya dengan tangan menekuk di bawah kepala)
Anda orang yang sangat teratur, bertenaga, rajin bangun pagi bagi menghadapi kehidupan. Bagi anda segala sesuatu harus dirancang dengan teliti. Anda membenci sesuatu yang mengejutkan. Kekasih yang suka bersikap jinak-jinak merpati membuat anda sering geram. Jadi, carilah pasangan yang mahu bekerjasama dengan cara yang anda kehendaki.
PARUH JANIN (Anda tidur dengan lengan dekat ke tubuh dan kaki agak menekuk)
Hidup anda terasa nyaman dan siap mencari peluang baru. Itu kerana anda yakin mampu menerima ramai orang. Anda seorang yang boleh berkompromi. Bagi kebanyakan orang, anda sangat menarik kerana mempunyai sikap sensitive terhadap perasaan orang lain. Anda lebih suka mengambil sikap terbuka berbanding menyimpan di dalam hati.
ROYAL (Tidur terlentang)
Anda penuh percaya diri, yakin dan berasa selesa kerana menjadi perhatian. Biasanya gaya ini dimiliki oleh anak tertua atau terkecil dalam keluarga dan selalu memilih pekerjaan bersikap kreatif. Dalam urusan cinta, anda perlu berasa bebas, kalau tidak, anda susah hati.
FLAMINGO (Posisi miring dan agak terlungkup dengan satu lutut menekuk sedang yang lain lurus)
Anda mudah bersahabat, tetapi juga bersikap bergantung kepada orang lain. Bagi anda hidup itu mengasyikkan kerana pengalaman. Dalam berkomunikasi, anda kurang mahir. Anda cenderung memendam masalah sehingga masalah menimbun.
PENUNGGANG (Sebarang posisi dgn satu tangan menyentuh bahu yg lain atau kaki menekuk hingga lutut saling bersentuhan)
Anda ingin bereksperimen dalam hidup. Namun anda sukar menyampaikan keinginan hati. Bahkan kadang sampai tak tersentuh. Kejayaan mudah menghampiri anda.
P/S: Aku tak penah tido dlm posisi tetap.. Adakah aku mempunyai personaliti yg berubah-ubah??!!! (o.0)
"Pe plak bezanya antara Islam ngan islam ni? I ngan i?" Persoalan tersebut yang muncul bila aku ditanyakan tentang perbezaan 2 perkataan ni, Islam dan islam. Sambil menunjukkan riak wajah seorang professor sedang memikirkan permasalahan yang rumit, aku berfikir lagi. Otak aku bekerja bagaikan enjin kereta viva yang sedang bergerak dlm kelajuan 250km/h. Dan jawapannya ialah...
Islam merupakan kata nama. Kata nama menujukkan nama, dan hanyalah nama semata-mata. Berbeza pula dengan islam. islam merupakan kata kerja. Ia menunjukkan perbuatan dan amalan. Jelas disini, Islam dan juga islam adalah 2 perkataan yang sama tetapi sangat berlainan maksudnya. Islam dalam erti kata sebenar bermaksud ad-din, atau menyeluruh. Ia merangkumi setiap aspek kehidupan, bukan hanya ritual semata-mata seperti agama lain. Jadi, yang mana satukah anda? Islam? ataupun islam?
P/S: Aku tak de masa nak carikan maksud Kata Nama dan Kata Kerja tu dengan lebih lanjut. Sebarang kesilapan harap ditegur.. Then, sepanjang pencarian gambar kat google untuk post aku ni, aku jumpa byk sgt gambar dan kartun yg menghina Islam. Ermm.. Insyaallah aku akan cuba ulas utk post akan dtg..
Last week, my Biochemistry lecturer gave me an assignment to be presented this Tuesday in front of the class. I volunteered myself to be the 5 first presenter not because I'm good or thought that I'm good. Actually it is just for fun. Hehe.. Do you think it's freak? Maybe.. Haha.. I choose "current issues on microbial usage in green energy" as the topic of my presentation. I decided to put up on my blog the summarize done from my readings just to share the knowledge. Be happy to read through.. (^_^)v
PROTEORHODOPSIN
What is Proteorhodopsin?
Proteorhodopsin is a photoactive retinylidene protein in marine bacterioplanktons. It is a light-absorbing pigment in oceanic bacteria in simple words. Just like the homologous pigment bacteriorhodopsin found in some Achaea, it consists of a transmembrane protein bound to a retinal molecule and functions as a light-driven proton pump.
When did it been discovered?
Proteorhodopsin was first discovered in 2000. It was found in the genomes of several species of uncultivated marine γ-proteobacteria present in the Eastern Pacific Ocean, Central North Pacific Ocean and Southern Ocean, Antarctica. Subsequently, genes of proteorhodopsin variants have been identified in samples from the Mediterranean and Red Seas and the Sargasso Sea and the Sea of Japan. These variants are not spread randomly, but have different distributions of absorption maxima along depth gradients and across locations.
How does it works?
When exposed to light, the photopigment moved ions across the bacteria’s cell membrane, showing that it could generate energy by absorbing light. This process is much simpler than the process of photosynthesis used by plants and algae.
The mechanism:
Model of the energy generating mechanism in marine bacteria. When sunlight strikes a rhodopsin molecule (1), it changes its configuration such that a proton is expelled from the cell (2). The chemical potential causes the proton to flow back into the cell (3), thus generating energy (4) in the form of adenosine triphosphate (5).
Who did the research?
This discovery was made by researchers at University of Kalmar in Sweden, led by Jarone Pinhassi in collaboration with researchers in Gothenburg, Sweden, and Spain. Further studies also have been made by researchers at the U.S. Department of Energy’s Lawrence Berkeley National Laboratory (Berkeley Lab) and the University of California at Berkeley, scientists funded by the National Science Foundation (NSF) and affiliated with the Monterey Bay Aquarium Research Institute (MBARI).
MBARI contributors to proteorhodopsin project:
Oded Béjà, Lynne Christianson, Ed DeLong, Chris Preston, Marcelino Suzuki, Jose de la Torre
Berkeley researchers:
Derek Greenfield (left), Jessica Walter, Jan Liphardt and Carlos Bustamante used genetic engineering techniques to determine the function in bacteria of the light-sensitive protein proteorhodopsin.
"Semasa kecil, emak beberapa kali mengingatkan saya tentang seorang kanak-kanak genius yang sudah mampu membaca surat khabar di usia tiga tahun. Mohd. Shukri Hadafi, nama diberi.
Kanak-kanak istimewa ini kemudiannya diambil berlakon oleh Jins Shamsuddin di dalam filemnya Menanti Hari Esok (1976/7) dan filem itu sentiasa menjadi titik yang mengingatkan saya kepada adanya seorang kanak-kanak pintar di usia yang hampir sama dengan saya, sebagai inspirasi untuk berjaya.
Tetapi Mohd. Shukri Hadafi hilang ditelan masa. Seolah-oleh tiada esok baginya (tajuk filem lain oleh Jins Shamsuddin pada 1979) dan tiba-tiba kita dikejutkan dengan berita pada akhir 90'an bahawa beliau bekerja sebagai penebar roti canai! Ada cerita yang memberitahu beliau menjual kelapa di Padang Terap, malah yang tidak enaknya ialah kisah beliau menjadi penagih dadah.
Anak angkat Prof. Diraja Ungku Aziz ini terbuang dari kelebihan yang pernah menjadikannya begitu terkenal di seluruh negara. Di mana silapnya?
ADI PUTRA
Ingatan kita kepada kanak-kanak pintar seperti Mohd. Shukri Hadafi kembali menghiasi muka depan akhbar Malaysia, apabila Adi Putra Abdul Ghani muncul dengan kelebihan luar biasanya di dalam Matematik.
Keupayaannya yang mengatasi tahap pelajar universiti di bidang itu, sejak awal-awal lagi telah mengheret Adi Putra ke pelbagai konflik. Dari sekolahnya di Sekolah Kebangsaan Matang Buluh, Bagan Serai, perjalanan penuh liku untuk mencari program yang sesuai dengan beliau berterusan ke International Islamic School di Gombak. UNISEL juga tidak pasti dengan perjalanan beliau, dan saya berdoa agar kelebihan yang ada pada adik Adi, tidak menjadi 'sumpah' ke atasnya sebagaimana Mohd. Shukri Hadafi 3 dekad yang lalu.
It figures: after completing year 12 subjects at 10, mathematician Yao-ban Chan has now become Melbourne University's youngest-ever PhD graduate. Photo: Craig Abraham
Bertuahnya Chan Yao-ban, seorang lagi anak kecil istimewa kelahiran Malaysia. Beliau yang kini menjadi pemegang PhD termuda dari Universiti Melbourne. Di usia 21 tahun, Chan Yao-ban telah menjadi salah seorang tenaga pengkaji penting di Universiti Melbourne, mengendalikan projek kajian metod statistik bagi mengenalpasti anomaliti protein di dalam otak untuk mendiagnos schizophrenia dan bipolar disorder.
Biar pun lahir di Malaysia, Chan Yao-ban telah dibesarkan di New Zealand. Beliau melalui proses home schooling oleh ibunya, seorang Mikrobiologist dan ayahnya, pengarah di sebuah syarikat industri makanan terkemuka, Heinz.
Chan Yao-ban telah bertemu dengan ‘perjuangan' yang bakal memanfaatkan kelebihannya.
Apakah seseorang itu perlu ‘melarikan diri' dari Malaysia, demi mencari program yang boleh menyokong kanak-kanak genius seperti Chan Yao-ban , Adi Putra dan Mohd. Shukri Hadafi? Mengapa kita masih tidak tentu arah dalam menentukan jalan yang betul untuk Adi Putra? Tidakkah kita belajar sesuatu daripada apa yang berlaku ke atas Mohd. Shukri Hadafi, juga tercabar oleh kejayaan Chan Yao-ban ?
SUFIAH YUSOF
Soalan ini menjadi lebih meruncing dengan kegemparan kita terhadap seorang lagi anak Malaysia yang genius, Sufiah Yusof.
Beribukan Halimahton dari Muar dan bapanya, Yusuf, berasal dari Pakistan, Sufiah Yusuf mencipta sejarahnya yang tersendiri apabila beliau diterima masuk ke pengajian di Universiti Oxford pada usia 13 tahun. Namun pada usia 15 tahun, Sufiah telah menghilangkan diri dari kampus hingga kemudiannya ditemui di Bournemouth, bekerja di sebuah hotel di sana.
Enggan pulang kepada keluarga, yang disifatkannya seperti hidup dalam neraka, Sufiah diletakkan di bawah jagaan sebuah pertubuhan sosial untuk kembali penyambung pengajian sarjananya di Oxford. Hidup Sufiah terus dilambung ombak, apabila perkahwinannya pada usia 19 tahun dengan Jonathan Marshall, runtuh hanya kira-kira setahun selepas diijabkabulkan.
Hari Perkahwinan Sufiah bersama Jonathan Marshall [foto: Daily Mail]
Beberapa bulan yang lalu, ingatan kita kepada Sufiah Yusuf dikejutkan dengan berita buruk apabila bapanya ditangkap atas dakwaan mencabuli dua kanak-kanak berusia 15 tahun yang mengikuti kelas tusyen accelerated learing kendaliannya.
Dan segala-galanya mencapai kemuncak, apabila wartawan akhbar News of the World (NOTW), berjaya mengesan Sufiah Yusuf, yang terhumban ke lembah hitam dengan nama samarannya Shilpa Lee, sebagai pelacur di Manchester dengan bayaran £130!
Sufiah Yusuf yang begitu sopan, tertib dan berada di dalam segala kurniaan ketika di awal usianya di St. Hilda's College yang berprestij itu, menempuh kehidupan yang tidak menentu hingga berakhir dengan sesuatu yang tidak terbayangkan fikiran kita mengenainya. Seorang lagi kanak-kanak genius (muslim? melayu?) menjadi ‘mangsa'.
Apakah semua ini?
JOHN NASH
Masih ingatkah kita kepada John Forbes Nash? Penerima anugerah Nobel bagi kehebatan Matematiknya di Universiti Princeton ini, menempuh dekad-dekad yang penuh liku akibat masalah schizophrenia yang mengongkong kehidupannya. Ia adalah suatu contoh yang amat besar tentang perlunya suatu pendekatan di luar kotak, untuk menampung kegeniusan seorang seperti John Forbes Nash ini. Anda boleh mendalami kisah mengenai Nash dengan menonton filem favourite saya, A Beautiful Mind.
Pencapaian IQ yang luar biasa sememangnya lazim terkait dengan ketidak sihatan mental. Hal ini diperkatakan oleh Daniel Martin di dalam artikelnya yang tersiar di Daily Mail bertarikh 11 Februari 2007.
Katanya,
More than half a million people in the UK are believed to suffer from a form of the condition, which causes disordered ideas, beliefs and experiences. The most common ages for it to develop are 15-25 in men and 25-35 in women.
Kerana itu, saya sering khuatir dengan anak-anak muda yang memiliki idea yang hebat, tetapi memiliki ketidak seimbangan sikap yang sesuai dengan kehebatan itu. Teringat saya kepada sebuah ceramah berkaitan masalah ini yang disampaikan di HUKM tidak lama dulu. Penceramah itu memberitahu bahawa statistik menunjukkan, di mana-mana sahaja bilik atau dewan tempat manusia berkumpul, maka 1/4 daripadanya mempunyai masalah berkaitan mental!
Saya masih ingat kepada seorang lagi kanak-kanak genius, Chiang Ti Ming, yang telah menempuh episod hidup yang luar biasa. Menjadi pelajar termuda di California Institute of Technology (CalTech) lebih dua dekad yang lalu, Chiang Ti Ming telah meninggal dunia pada awal Januari 2007 di Seremban, selepas khabarnya mengalami tekanan perasaan yang amat teruk hingga dimasukkan ke HKL pada tahun 2002.
PENGAJARAN
Semua ini harus menjadi pengajaran buat kita.
Pengajaran buat kerajaan untuk memikirkan tanggungjawabnya terhadap pendidikan. Atau mungkinkah segala ini membuktikan bahawa kerajaan sepatutnya tidak campur tangan dalam soal pendidikan sebagaimana yang terakam dalam sejarah tamadun Islam yang panjang itu?
Sejarah Islam merakam ramai tokoh yang genius di zaman kanak-kanaknya. Figura seperti al-Syafie, al-Ghazzali, al-Nawawi, malah tokoh lewat era Moden seperti Muhammad Abduh dan Badi' al-Zaman Said al-Nursi, telah mempamerkan ketokohan mereka semenjak di usia kecil.
Apakah rahsia mereka?
Saya fikir, persoalan ini memerlukan kepada kajian yang mendalam. Namun, sepintas lalu kita akan dapat melihat bahawa tokoh-tokoh ini mendapat pendidikan awal mereka dari sentuhan ibu bapa. Proses pendidikan juga tidak berlaku di sekolah-sekolah rasmi milik pemerintah, sebaliknya setiap mereka dibesarkan dengan model pendidikan yang tersendiri lagi khusus. Malah di era Moden, tokoh seperti al-Tahtawi dan Muhammad Abduh berdepan dengan krisis diri semasa bersekolah di sekolah kerajaan, sehinggalah mereka melarikan diri dan mencari model sendiri yang lebih responsif kepada keperluan mereka dan keperluan semasa.
BUAT PENDAKWAH
Pengajaran juga buat para pandakwah. Bahawa usaha memahami masalah manusia bukannya seperti kelakuan pembaris yang hanya tahu melukis lurus.
Rayau-rayau saya di laman sesawang, menemukan saya dengan komen-komen mudah ramai pihak yang secara simplistik menyalahkan Sufiah dengan alasan genius beliau hanya pada IQ tetapi lemah spiritual. Tentu sahaja saya tidak menolak peranan spiritual dan hubungkaitnya dengan depression. Tetapi menyarankan secara mudah bahawa agama sebagai penyelesaian, harus lebih diperincikan lagi.
Perlu diingat bahawa antara simptom masalah mental berkaitan depression lazim terkait pula dengan obsesi seseorang kepada agama!
Malah mungkin sisi ini diperlukan untuk kita menilai semula beberapa perlakuan ganjil genius Muslim di dalam sejarah untuk menjustifikasikan perihal yang berlaku ke atas mereka.
Apabila kegagalan hidup berlaku ke atas sesetengah manusia, apatah lagi insan genius seperti Mohd. Shukri Hadafi, Sufiah Yusof malah John Nash dan Chiang Ti Ming, jangan terlalu dangkal memberikan alasan ‘lemah didikan agama' atau ‘hidup tidak mengikut sunnah'.
Sesungguhnya agama mengajar manusia untuk lebih bertadabbur dan bertafakkur tentang peranannya sebagai khalifah, pentadbir alam, bahawa manusia itu sangat seni kehidupannya. Ketelitian dalam mencari jalan mengacu dan membentuk manusia, adalah syarat survival ummah. Keperluan melihat aspek psikologi manusia, harus diterima sebagai sebahagian daripada tuntutan agama itu sendiri.
Saya mengangkat tangan memohon doa untuk masa depan yang lebih baik untuk adik Adi Putra yang sedang menyusuri jalan yang penuh liku itu.
ABU SAIF @ http://saifulislam.com/?p=1662
56000 Kuala Lumpur
Dalam pencarian aku mencari jawapan mengapa ikan tidak elok dimakan bersama daging, aku telah gagal mencari pembuktian saintifik. Yang aku jumpa hanyalah dari petikan kitab yahudi, kitab Talmud Yerusalem dan juga yang aku post ni. Sejauh mana kebenaran artikel ni. Kalau tak silap aku, berdasarkan hadith. Kalau betul, aku pun tak tahu samada hadith sahih ataupun daif. Namun, aku hanya nak berkongsi. Sebarang kesilapan atau cadangan boleh dibincangkan.. (^^,)
DIET RASULALLAH
Kita tidak boleh makan makanan sebarangan kerana di dalam makanan terdapat berbagai perkara yang boleh menyebabkan penyakit jika kombinasinya tidak sesuai.
Inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit antara lain penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain-lain penyakit. Apabila anda telah mengetahui ilmu ini, Pengetahuan ini adalah sangat baik dipanjangkan kepada orang lain.
Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari. Insya Allah kalau anda ikut diet Rasullullah ini, Anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.
Jangan makan SUSU bersama DAGING
Jangan makan DAGING bersama IKAN
Jangan makan IKAN bersama SUSU
Jangan makan AYAM bersama SUSU
Jangan makan IKAN bersama TELUR
Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
Jangan makan SUSU bersama CUKA
Jangan makan BUAH bersama SUSU (Contoh : KOKTEL)
CARA MAKAN
* Jangan makan buah setelah makan nasi, sebaliknya makanlah buah terlebih dahulu, baru makan nasi.
* Tidur 1 jam setelah makan tengah hari.
* Jangan sesekali tinggal makan malam. Barang siapa yg tinggal makan malam dia akan dimakan usia dan kolesterol dalam badan akan berganda. Nampak memang sulit.. tapi, kalau tak percaya? cubalah?.. Kesannya tidak dalam jangka pendek?. Kesannya akan nampak bila kita sudah tua nanti.
* Dalam Al-Quran (ada sesiapa boleh bagitahu aku ayat berapa, surah mana?) juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu. kerana akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahwa dalam daging ayam mengandung ion+ sedangkan dalam ikan mengandung ion-, jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosakkan usus kita.
* Al-Quran Juga mengajarkan kita menjaga kesihatan spt membuat amalan antara lain:
1. Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap kedalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.
2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insya Allah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).
3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang tersebut.
4. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari.
5. Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahwa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan).
Sabda nabi : "Ilmu itu milik Allah, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan insyaAllah Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya"Kita tidak boleh makan makanan sebarangan kerana di dalam makanan terdapat berbagai perkara yang boleh menyebabkan penyakit jika kombinasinya tidak sesuai.
Inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit antara lain penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain-lain penyakit. Apabila anda telah mengetahui ilmu ini, Pengetahuan ini adalah sangat baik dipanjangkan kepada orang lain.
Before you read my story below, I would like you to know that a lot of details are omitted to prevent people finding out who I am, etc. Some individuals and organizations may use my detailed info to hurt me in some way – just because I do not think Islam is right for me.
My parents made Malaysia their permanent home and that is where I was born and raised. By the laws in Malaysia, whoever is Malay or has a Malay ethnic background, they have to be Moslem. Since, my dad is Malay, our whole family in Malaysia was registered as Moslem and had no other choice but to be Moslem.
In regular school (from grade 1 to university), we had to learn Islam over and over. From age 8-11, I was also sent to religious school (every day except weekends) in addition to regular school, which I hated! I hate to wear the veil because it is hot and humid all year long in Malaysia. I recall making fun of the teacher in religious school at the age of 11 because she kept on talking about nonsense (which she seemed to believe in). At least I just went to religious school from age 8-11 (other kids go from age 7-12). I probably started late because my parents wanted to see if I could handle regular school alone. And I quit at age 11 because I wanted to do sports and the religious school’s headmaster didn’t want to let me take leave for sports practice. So, my parents said, “Hey! quit then”, which is good. My siblings had to go up to age 12. But they were in a religious school that was only 3 times a week and only 2 hours a day instead of 4-5 hours.
In addition to all that, my parents insisted I learn the Koran. I hated that too because I hated reading Arabic and I have no idea what it is about. So, what is the point of it? My parents just wanted me to be able to do well in religious studies at school and not feel left out among other children in Malaysia. Anyway, I used to make the Koran teachers want to quit coming to our house to teach. My mom has a lot of stories to tell when it comes to me making the Koran teachers want to quit. Later on, my dad would have a cane out (to beat me) to make sure I was learning the Koran and not making the teachers want to quit. This is another thing I used to do, when I changed teachers (because I made them quit by giving them a hard time) I used to flip the pages of the Koran a whole lot (hundreds of pages) and mark the page there as where the last teacher stopped. So, the new teacher would start a page, which is hundreds of pages after the one I last read. That way I finished the Koran fast and didn’t have to worry about wasting time on nonsense. Sometimes, I would do the same thing even if I didn’t change teachers. I would try to trick the same teacher. Anyway, my parents still think I managed to go through the whole book.
Since I was young, I was doubtful about this whole Islam thing. With all the bizarre things going on according to the religious teachers and its difficult rituals, Islam was a nightmare to me. I recall one day (probably when I was about 11 yrs old) the Koran teacher was telling me we should believe in Allah, the prophets, the 4 books, etc. I asked him whether we only have to “believe” in them without knowing if they exist? “Yes” he responded, “we must believe in them without knowing if they exist”.
In all schools, the teachers used to teach us that all non-Moslems (kafirs) are going to hell. When I told my parents this, they got mad. They said that isn’t true. The teachers are not god to judge who is going to hell or not. I think my parents just think the Koran teaches good things but they don’t know themselves what is in there because they didn’t study it. During my dad’s time, no religious studies were taught in school.
For secondary school, I went to a school that is multiracial and multi-religion. I began to make friends with people that were not Moslem. They were very nice people. Nicer than the Moslems. They always respected me and never forced me to do anything religion wise. The Moslems were forcing me to practice Islam and giving me a hard time. I finally realized something was wrong with the idea that all-Moslems will end up in heaven one day but never the non-Moslems. So, I decided that Islam is nonsense. Why is it that good people go to hell and bad ones go to heaven? Just because of what religion they follow? Not everyone is given the same chance to learn Islam. I realized my true friends in secondary school were never Moslem.
A factor that contributed towards me leaving Islam is the fact that women HAVE to wear veils. They claim it is so that men don’t look at sexy women, etc. It is to protect the women from men staring at them, etc. Well hey, there are Moslem men that turn me on/get me sexually aroused and they don’t have to wear a veil and cover up! I wish they would so that I can concentrate on other things rather than them. But this isn’t in Islam for the men.
When I was in my last year in secondary school, we had to take the national exams. For Islamic Education, I had to study about marriage in detail to do well. So, I learnt all the stuff and got the highest grade anyone can get for Islamic Education. And guess what? Because I know it so well, I know that there is a lot of discrimination against women in Islam. Things like a father and grandfather can marry a girl/woman to whomever they want even if the girl/woman doesn’t want to marry that person. That is disgusting! A man can beat his wife (after giving her advice and sleeping apart) if she doesn’t do whatever he wants her to sounds horrible to me too. I am a person that is strongly against corporal punishment on children because of my own personal experience and certainly against women! In addition, I learned things like women couldn’t be witnesses in Syariah Courts and things like that.
Since there are parts that are horrible in Islam, I do not accept it as the true religion. Plus, the religion is extremely difficult for me to practice if I want to be comfortable with my lifestyle. So, that is why I choose not to be Moslem. This has cost me a lot. I had to give up an education in a better university than the one I am attending now, a guaranteed respectable job, and everything I have in Malaysia to live in a foreign country. This is going to sound crazy but - I actually married another Moslem apostate from Malaysia so that he would help me move to this new home country of mine as he had the money and in return he could stay here safely. This has disadvantages – like it is hard to get other men to date me if they know I have a “husband”. Hey, if Malaysian Moslems find out that we are not Moslem, many would torture us in some way. In Malaysia, there are Pusat Pemulihan Akidah’s or Faith Rehabilitation Centers and perhaps even the death penalty (in 1-2 Malaysian states only) for Moslem apostates. I even gave up my Malaysian citizenship to be safer. The fact that Malaysian Moslems want to hurt us hurts me a lot because, why do they have to hurt us just because we view Islam differently? We wouldn’t have treated them badly or anything. My “husband” said that they know their religion is nonsense. So, anyone who tries to reveal this is somehow “changed” or killed to avoid more people knowing that it is nonsense. They are just so insecure about their religion that they have to get rid of people who know the truth about it!
After reading the Faith Freedom International and ISIS website and confirming it by reading a translation of the Koran in English (translated by a Moslem!) and other translations online, I realized that there is more crap in the Koran than I have thought– all this killing the non-believers, keeping captives (slaves) and having sex with them, etc. Even the Hadiths have a lot of inhumane stuff and I don’t think they should be considered 100% true as they are based on what he or she said hundred years ago.
Currently, I am a person of no religion. Many Moslem apostates who have been hurt and/or seen people get hurt in the name of Islam think that Islam should be totally destroyed. Of course, it would be great if it were possible. However, all I ask for from Moslems is freedom of religion, as I know that would help reduce the number of people suffering. Plus, if Islam were so great like Moslems claim, people would want to believe in it and practice it anyway without being forced.
Komen aku:
Aku sedey la tengok makhluk yg x taw bersyukur ni.. Dan aku jugak sedey bile tgk umat Islam memburukkan nama Islam tu sendiri. Mungkin gak artikel ni cuma propaganda semata-mata daripada sesetengah individu.. Jadi, hati-hati la umat Islam semua.. Jika anda berpendapat sama dgn individu diatas, jgn malu2 mendapatkan khidmat nasihat dr org yg pakar untuk menjawab segala persoalan.. Harap maklum..
Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu "Mengapa Yahudi Bijak?". Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.
Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?
Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.
Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.
Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, "ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak" Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.
Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.
Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam..
Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.
Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel , siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah ¡¡ tekalah sendiri..!)
Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.
Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi..
Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan... Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California , ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!! !. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.
Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.
Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ? perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.
Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!
Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.
Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.
Merokok menjanjikan jenerasi yg moron (bodoh) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke jenerasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel , maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan !!
Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.
Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan jenerasi yg bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 mukasurat penuh. Esay nya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato!
Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.
Dr. Stephen Carr Leon
Komen aku:
Aku mmg x dapat pastikan kesahihan artikel ni. Aku cuba mencari saperkah individu bernama Dr Stephen Carr Leon ni tp akhirnya aku msh meragui kewujudannya. Ada sesetengah individu mengatakan bahawa Dr Stephen ini adalah orientalis Amerika. Ada juga yang mengatakan Dr Stephen Carr Leon tersebut hanya nama samaran atau nama pena... Bila aku fikirkan balik, kenapa agaknya isu rokok berkisarkan penduduk Indonesia? Kenapa tidak mengambil negara lain terutamanya di Asia Barat yg mungkin lebih mundur? Malaysia pun ape kurangnya.. Adakah disebabkan statistik menunjukkan penduduk Indonesia plg byk merokok kat dunia ni? Mgknkah ada kemungkinan penulisnya sebenarnya berasal dari Asia Tenggara atau artikel sebenar telah diolah semula?... Berkaitan dengan permakanan pulak, aku msh tercari-cari mengapakah ikan dan daging tak boleh dimakan bersama? Kalo ade pembuktian saintifik, boleh tunjukkan? Sbb aku msh tak jumpa lg.. Aku ade byk kemusykilan.. Pe2 pun, tak salah utk kita ikut selagi tidak melanggar syariat. Apa yg baik boleh diambil. Mungkin ada saintis Islam yg akan mengkaji berkenaan isu ni dan membuktikannya dgn sahih demi kebaikan umat Islam sejagat..
"Pulau Kidjang? Pe tu? Pulau ke? Tragedi pe pulak? Tak penah dengar pun..."
Persoalan-persoalan tipikal tu tu la yg terbit dlm minda aku bila memula aku tgk tajuk buku ni. Atas dasar inkuiri, aku pun baca la buku setebal 173 muka surat yg ditulis oleh Aini Selikang dan Amrizan Madian tu dan berjaya abiskan dalam masa 3 jam.. Aku rasa korang pun tak tau pasal tragedi pulau kidjang ni kan? So, aku kongsikan kat sini sebagai pengetahuan am kita bersama..
M.V Pulau Kidjang merupakan sebuah kapal pengangkutan utama di Sarawak sekitar tahun 70-an dulu. Selain M.V Pulai Kidjang, terdapat juga kapal pengangkutan yg lain seperti M.V Rajah Mas yg berulang-alik dari Kuching-Sarikei-Sibu ketika itu. M.V Pulau Kidjang yg bernilai Rm320,000 ini dibeli dari Indonesia dan telah berkhidmat untuk penduduk selama 8 tahun sebelum terbenam di dasar muara Rejang.
Tragedi tersebut berlaku pada 27 Disember 1973. Pada ketika itu, penumpang seramai 159 orang tersebut kebanyakannya dalam perjalanan pulang ke Sibu selepas bercuti sempena perayaan Krismas. Kapal tersebut bertolak dari Kuching pada 26 Disember, jam 6.30 petang, lewat 30 minit daripada yg dijadualkan. Ia karam di perairan Tanjung Jerijeh, 3.5 batu nautika dari Barat Sarikei. Tragedi malang ini mendapat publisiti meluas di dada akhbar terutamanya akhbar Inggeris tempatan ketika itu, The Vanguard bertarikh 28 Disember 1973.
Kejadian jam 3.00 pagi tersebut telah mengorbankan 121 jiwa. Hanya 41 mayat yg ditemui manakala selebihnya mati tanpa kubur. 38 orang terselamat termasuk 18 orang kelasi. Kebanyakkan mangsa mati akibat terperangkap di dalam kapal, ada yang lemas dibaham ombak ganas musim tengkujuh kerana terjun ke laut tanpa jaket keselamatan. Tuah menyebelahi sesetengah penumpang yg terdampar di pantai Kampung Gerigat apabila M.V Hornbill yg dalam perjalanandari pekan Selalang menumui mereka. Peristiwa tersebut telah menjadi sejarah hitam dan igauan ngeri bg mangsa2 yg terselamat.
Peristiwa ini turut meninggalkan kesan kepada penduduk Sarikei apabila kebanyakkan penduduk disana tidak memakan ikan selama berbulan-bulan disebabkan terbayang mayat-mayat mangsa yg dimakan hidupan laut. Ada kes dimana penduduk menemui cincin, jam tangan butang baju, serta jari didalam perut ikan yg ditangkap.
P/S: Moga roh-roh mangsa dicucuri rahmat.. Amin..
