CORET-CARUT

Write And Share

JOHOR BAHRU 15 Okt. – Duta Jepun ke Malaysia, Masahiko Horie menyarankan agar negara matahari terbit itu mengamalkan dasar pandang ke barat yang merujuk kepada negara ini.

Horie berkata, negaranya wajar belajar daripada Malaysia terutamanya mengenai kemampuan rakyat majmuk negara ini hidup bersatu padu dan ciri-ciri universiti tempatan yang lebih bersifat antarabangsa.

“Jika sebelum ini, Malaysia mengamalkan dasar pandang ke timur, saya berpendapat sudah tiba masanya Jepun pula mengamalkan dasar pandang ke barat.

“Pandang ke barat bukan merujuk kepada negara-negara Eropah sebaliknya dari segi geografi, Malaysia berada di barat dari Jepun,” katanya kepada pemberita selepas melawat Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai di sini hari ini.

Horie berkata, di Jepun tidak ada kepelbagaian bangsa dan budaya seperti di Malaysia malah beliau kagum dengan konsep 1Malaysia yang dapat memantapkan lagi perpaduan di negara ini.

“Di Jepun, bahasanya sama, budayanya sama, berbanding kepelbagaian di Malaysia.

“Di Malaysia kaum lain turut meraikan sambutan perayaan kaum yang lain,” katanya.

Menurut Horie, universiti di Jepun juga tidak banyak mengambil pelajar luar negara berbanding universiti tempatan yang lebih berwajah antarabangsa.

Katanya, pihak akademik di Jepun sewajarnya belajar daripada Malaysia untuk membuka pintu dan menarik lebih banyak pelajar luar negara belajar di universiti di negara matahari terbit itu.

“Memang universiti di Jepun menduduki ranking yang lebih tinggi namun bilangan pelajar luar negara di sana lebih rendah berbanding universiti di Malaysia,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UTM, Prof. Marzuki Khalid berkata, universiti itu kini mempunyai kira-kira 2,000 pelajar luar negara.

“Usaha juga giat dijalankan untuk menjadikan UTM lebih terkenal di peringkat antarabangsa menerusi program penghantaran kira-kira 5,000 pelajar UTM untuk menjalani kursus selama dua minggu di universiti luar negara,” katanya.

Marzuki berkata, UTM adalah antara universiti tempatan yang banyak menjalankan lawatan kerjasama dan perjanjian persefahaman (MoU) dengan universiti di Jepun.

Beliau berharap kerjasama yang lebih erat dapat dijalinkan pula antara UTM dengan pihak industri di Jepun bagi memanfaatkan teknologi tinggi yang lebih mesra alam.

Retreated from Akhbar Sampah

Komen aku: Aku malas nak komen sebab benda ni aku amik dari blog lain. Kalau nak tau lebih, (click) ni. Satu benda yang aku nak ulang balik (yang aku bold kan), universiti-universiti kat Malaysia ni jelas lebih pentingkan DUIT dari KUALITI.. Berita bodoh dr akhbar bodoh ni mmg suke memperbodohkan melayu-melayu bodoh..

Gambar ni aku ambik dari page facebook member aku yg mmg anti-UMNO.. Aku tergelak sampai mengalirkan air mata laki sejati bila mamat jadah ni tag muka seko2 mak cik ni ngan nama member aku.. Haram nyer perangai..


Wakaka... Punya la excited nak mencapap kat media sampai muka serupa ngan Orang Utan kat Wildlife Center.. Yang tgh nampak jambul tu plak Gorila betina yg memimpin Persatuan Orang Utan Malaysia..

P/S: Aku bukanlah penyokong mana-mana parti politik.. Tapi muke diorang dah mmg macam orang utan berebut pisang.. Nak wat camne..

Sejak form 3 dulu, aku dah mula mengagumi sebuah bangsa dan negara yg unggul di dunia, Jepun. Dari aweknya yg comel dan anime yg penuh dgn effect alam, hinggalah budaya hidup mereka. Segalanya bermula sejak aku mula mengenal Yahoo Messenger, sebuah alat untuk berchatting yg plg canggih pada masa tu sebab boleh voice dan video msg ke seluruh dunia tanpa perlu mengeluarkan duit sesen pon (tak termasuk bil internet la). Aku lebih prefer Yahoo Messenger dari mIRC kerana aku sgt bencikan makhluk2 kuat menipu serta kekurangan kasih syg dan nafkah batin yg sentiasa memenuhi ruang sembang disana (masa tu mIRC feymes lagi)..

Melalui Yahoo Messenger ni la aku mula mencuba nasib di Japan chat room untuk berkenalan dan mendapatkan seorg dua gadis jepun sebagai awek aku. Mane la tau boleh wat jadi bini terus ke. Aku siap belajar sendiri bahasa Jepun dan memasang angan2 untuk gi belajar kat sana pas SPM nnt dan membawa pulang menantu jepun, hadiah buat ibubapa ku yg tersayang. Aku siap kata kat ibu aku, "Kawen ngan gadis melayu?? Peliss la.. Awek Jepun baru ade class...". Ibu aku tersenyum (atau tersengih) menjwb, "Tgk je la ngan org mne dia kawen nnt.." Sikap ni kini diwarisi oleh adik laki aku yg form 2 skang ni. Tengok je la ngan orang mane dia kawen nanti..

Ape yg istimewa sgt Jepun ni bagi aku?? First skali, mesti la awek-aweknya yg comel, putih dan gebu. Ditambah lagi dengan budaya menundukkan kepala tanda hormat, membuatkan mereka kelihatan sgt sopan dan comel. Lagipun bahasa Jepun tak susah sgt untuk dipelajari. Aku belajar sendiri pun boleh borak2 simple ngan diorg. Setakat hiragana ngan katakana tu aku boleh baca relax je (dulu la.. sekarang dah byk lupa). Yang paling penting, semakin aku mengetahui budaya mereka, semakin kagum aku dengan mereka. Paling aku kagumi, budaya kerja mereka. Sangat rajin dan sangat komitmen. Kalaulah Jepun ni sebuah bangsa dan negara Islam, aku pasti bangsa mereka akan berjaya memartabatkan kembali kegemilangan Islam dan menyedarkan kita semua bahawa Islam merupakan agama yang unggul, bukan agama bagi kebanyakkan sampah masyarakat dan bangsa pemalas kat dalam dunia ni.

Biarpun cita-cita untuk berfoya-foya dengan awek2 comel disana masih belum tercapai, aku masih berazam dan yakin suatu hari nanti aku akan menjejakkan kaki disana dan mendalami dan merasai sendiri budaya hidup mereka. Manalah tau isteri kedua aku nanti gadis Jepun yg comel.. (^_~)


Suatu hari di Fakulti Sains sebuah Universiti Tempatan, sedang berlangsung ujian berkaitan serangga.Ujian kali ini sungguh susah.Mahasiswa mesti mampu menentukan jenis dan nama serangga dari potongan-potongan kaki yang diberikan oleh Pensyarah.Dua jam sudah berlalu. Tidak ada seorang pun pun yang boleh menjawab soalan ujian.

Seorang mahasiswa yang amat kecewa memutuskan untuk keluar dari dewan Ujian, dia menghempas daun pintu dengan kuat.Dummmm!!!! Melihat keadaan itu, pensyarah didalam dewan marah dengan berkata.Hey! suka hati mak bapak hang je hempas pintu tu ye? Siapa nama kau!!! Mahasiswa yang sudah terlanjur berada di luar segera menjulurkan kakinya ke pintu sambil berkata: Nie kaki saya, Cuba encik teka!! Siapa nama saya?!

Selamat Menduduki Final Exam~

P/S: Untuk pengetahuan korang, aku ade 1 lagi blog.. Blog tu aku wat atas dasar keterpaksaan dan kurang rela dengan arahan ketua blok aku. Blog tu berkisarkan tentang kehidupan kami (aku dan budak blok aku) dalam mengharungi suka-duka kehidupan di Universiti Teknologi Malaysia, di Blok L37, Kolej Kediaman Tu Hussein Onn khususnya... So, sila jenguk blog ni ye..


*Promosi ini tidak ditaja oleh mana-mana media tempatan...

About Me

My photo
I was born on 24th December 1988 at Dungun, Terengganu but live at Kuching, Sarawak. I'm now studying at UTM (Technological University of Malaysia) located at Skudai, Johor in Degree of Chemical Eng. (Bioprocess). I'm a happy, nice, believe in myself and a motivated person. I like to play computer games especially strategy games. That's a little things about me..

Followers