Al-kisah bermula bila aku baru nak berjinak-jinak ngan facebook.. Aku sebena nyer dah malas nak men natang2 spesis ni, tp atas dorongan adik dan rakan2, aku pun terpengaruh jugak akhirnya.. Aku pun tgk la group budak2 kelas aku time kat matrik johor dulu, then aku terjumpa gambar ni.. Nostalgia giler la.. Kui3
Gambar ni diambil time jamuan perpisahan.. Sehari sebelum tu, kitorang kuar outing ramai2 kat pekan koboi tangkak.. Bile nmpk topeng ni, sorang rakanku bernama nizam (makhluk berdiri paling kanan) mula memberikan idea 'jadah' ni dan sumer bersetuju.. Huhu.. Layan je.. Bile tgk gambar ni mesti aku senyum je.. Skali skala gila2 ni best pe.. Budak skema mne de life.. Hak3
Last week, my Biochemistry lecturer gave me an assignment to be presented this Tuesday in front of the class. I volunteered myself to be the 5 first presenter not because I'm good or thought that I'm good. Actually it is just for fun. Hehe.. Do you think it's freak? Maybe.. Haha.. I choose "current issues on microbial usage in green energy" as the topic of my presentation. I decided to put up on my blog the summarize done from my readings just to share the knowledge. Be happy to read through.. (^_^)v
PROTEORHODOPSIN
What is Proteorhodopsin?
Proteorhodopsin is a photoactive retinylidene protein in marine bacterioplanktons. It is a light-absorbing pigment in oceanic bacteria in simple words. Just like the homologous pigment bacteriorhodopsin found in some Achaea, it consists of a transmembrane protein bound to a retinal molecule and functions as a light-driven proton pump.
When did it been discovered?
Proteorhodopsin was first discovered in 2000. It was found in the genomes of several species of uncultivated marine γ-proteobacteria present in the Eastern Pacific Ocean, Central North Pacific Ocean and Southern Ocean, Antarctica. Subsequently, genes of proteorhodopsin variants have been identified in samples from the Mediterranean and Red Seas and the Sargasso Sea and the Sea of Japan. These variants are not spread randomly, but have different distributions of absorption maxima along depth gradients and across locations.
How does it works?
When exposed to light, the photopigment moved ions across the bacteria’s cell membrane, showing that it could generate energy by absorbing light. This process is much simpler than the process of photosynthesis used by plants and algae.
The mechanism:
Model of the energy generating mechanism in marine bacteria. When sunlight strikes a rhodopsin molecule (1), it changes its configuration such that a proton is expelled from the cell (2). The chemical potential causes the proton to flow back into the cell (3), thus generating energy (4) in the form of adenosine triphosphate (5).
Who did the research?
This discovery was made by researchers at University of Kalmar in Sweden, led by Jarone Pinhassi in collaboration with researchers in Gothenburg, Sweden, and Spain. Further studies also have been made by researchers at the U.S. Department of Energy’s Lawrence Berkeley National Laboratory (Berkeley Lab) and the University of California at Berkeley, scientists funded by the National Science Foundation (NSF) and affiliated with the Monterey Bay Aquarium Research Institute (MBARI).
MBARI contributors to proteorhodopsin project:
Oded Béjà, Lynne Christianson, Ed DeLong, Chris Preston, Marcelino Suzuki, Jose de la Torre
Berkeley researchers:
Derek Greenfield (left), Jessica Walter, Jan Liphardt and Carlos Bustamante used genetic engineering techniques to determine the function in bacteria of the light-sensitive protein proteorhodopsin.
Fuh.. Seminggu ni memang minggu yang sibuk.. Sampai nak buke blog ni pon tak sempat. Macam-macam yang aku kena setelkan. Daftar subjek, kemas bilik, cek jadual kelas, beli barang2 keperluan la.. Lesen P aku ni pun dah mati. Ntah bile nak tuka pun tak tau.. Bagi budak2 U yang baru masuk semester baru cam aku, aku ucapkan selamat kembali.. Kembali ke universiti tercinta, kembali melepak pada awal2 sem, kembali berserabut pada pertengahan sem, dan kembali struggle giler pada akhir2 sem.. Azam anda pe? Azam aku seperti biasa, result kena memuaskan. Bukan memualkan mcm sem yg lepas.. Kui3.. Ok, chow... ^^,
JOHOR BAHRU: Sedih dan menyayat hati! Itu nasib malang seorang bekas pelajar wanita berusia 26 tahun yang ditemui mati dipercayai akibat pendarahan serius selepas melahirkan anak dalam keadaan serba kekurangan di sebuah bilik asrama di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai dekat sini, petang kelmarin.
Lebih malang lagi, bekas pelajar tahun empat itu dipercayai menderita keseorangan ketika melahirkan anak dan hanya ditemui kira-kira jam 5 petang, selepas lebih dua hari Allahyarham menghembuskan nafas terakhir.
Kejadian disedari ketika minggu orientasi pelajar baru berlangsung apabila beberapa pelajar mengadu kepada ahli jawatankuasa (AJK) minggu orientasi ada sebuah bilik asrama berbau busuk.
Berikutan itu seorang daripada AJK minggu orientasi memeriksa bilik berkenaan yang berkunci dari dalam itu.
AJK terbabit membuat aduan kepada pengetua kolej kediaman sebelum pengawal keselamatan diarah menyiasat.
Sebaik pintu dibuka, pengawal keselamatan terbabit terkejut melihat sekujur tubuh tanpa seurat benang terbaring kaku dengan percikan darah di lantai.
Lebih mengejutkan, penemuan bayi lelaki yang sudah tidak bernyawa tidak jauh dari mayat wanita itu.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Ruslan Hassan, berkata pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan mayat wanita berkenaan sebelum bergegas ke tempat kejadian.
“Berdasarkan siasatan, mangsa berasal dari Kelantan dan belum berkahwin. Dia disahkan meninggal dunia sekurang-kurangnya dua hari sebelum ditemui.
“Kami percaya besar kemungkinan kematian mangsa berpunca daripada pendarahan serius selepas bersalin.
“Namun, kita tetap meneruskan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kematian mangsa dan melihat sama ada wujud kemungkinan ada unsur jenayah,” katanya.
Ruslan berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan pasangan wanita terbabit pelajar di kampus sama.
“Buat masa ini kami dalam proses mengenal pasti pasangan wanita berkenaan bagi membantu siasatan, manakala mangsa sudah dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk bedah siasat.
“Sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi polis Johor di talian 07-2212999 atau tampil ke balai polis untuk membantu siasatan,” katanya.
Sementara itu, Penolong Pendaftar Perhubungan Media UTM, Sabri Ahmad, ketika dihubungi memberitahu mangsa sudah ditamatkan pengajiannya pada Januari lalu selepas gagal pada peperiksaan akhir Semester 1 sesi 2008/2009.
Menurutnya, bilik berkenaan disewa wanita terbabit sejak 11 Mei lalu kerana polisi UTM membenarkan orang luar menyewa bilik asrama ketika cuti semester.
Ditanya tindakan seterusnya berhubung kes itu, Sabri berkata, pihak kampus tidak dapat menangani kes berkenaan seperti kes biasa membabitkan pelajar memandangkan mangsa tidak lagi berstatus pelajar selepas ditamatkan pengajiannya.
“Bagaimanapun, kita akan berusaha membantu pihak berkenaan berhubung urusan berkaitan dengan kejadian ini,” katanya.
Berhubung dakwaan kemungkinan teman lelaki mangsa pelajar UTM, Sabri berkata, pihaknya tidak dapat mengesahkan perkara itu kerana buat masa ini belum ada maklumat mengenainya.
Komen aku:
Adoi.. Memalukan tol la.. Serius shit.. Rasa kesian ade gak, tp aku rasa sangat malu sebagai pelajar UTM Skudai.. Dengar cerita budak ni dari Kolej 9.. Seb baek bukan kolej aku. Buat yg terbabit dalam hal2 yg boleh berakhir dengan tragedi seumpama ni, ade 2 saranan aku utk korang ikuti.. Satu, insaflah sebelum terlambat.. Dua, pakai la kondom.. Blaja tinggi-tinggi, family planning pun tak tau ke? Haram jadah..