CORET-CARUT

Write And Share

Pada suatu malam yg hening, ketika aku sedang menjamah mee goreng lebihan jamuan, datang seorang rakan kepadaku.. "Amzar, cuba ko baca post sorang gadis ni kat blog dia", katanya dgn wajah bersungguh-sungguh.. Aku pun bukak jugak walaupun sebenarnya aku mmg malas nak baca blog2 gadis nih.. Balik2 luahan perasaan.. Kalo topik menarik tak pe gak.. Sebagai lelaki normal, membaca luahan perasaan org ni mmg agak memualkan la..

Lepas aku baca post gadis ni, aku jadi sangat teruja nak meng-update blog yg dah berkulat sbb lama tak bukak. Post gadis ni berkisarkan tentang bagaimana dia merasa tertekan akibat dikecam hina oleh segelintir pihak hanya kerana memakai tudung tempek atau shawl. Gadis tersebut meluahkan rasa hairannya kerana sering dikaitkan dgn Yuna, hanya disebabkan dia memakai tudung tempek atau shawl.. Rileks la sikit.. Artis kan ikon.. Biasa la tu.. Takkan tak penah dengar tudung ikin, kain mawi.. Kain angkasawan pon aku penah dengar. Kejadah.. Apsal dia tak bagi nama kain Sheikh Muzaffar Shukor je??


Lagi satu katanya, "hei....kitorg bershawl, still pakai tudung..bukan pakai bra, spender jer...wut the hell.." Aku gelak besar bile baca statement ni. Memang nampak tertekan betol gadis ni. Still pakai tudung?? Bukan pakai bra ngan spender je?? Kah3.. Kalo pakai tudung nampak leher tapi nampak leher, nampak lurah, baek pakai spender ngan bra je.. Tak pakai pe2 pun tak pe.. Owh ye, gambar gadis bertudung kat post aku sebelum post ni pakai shawl gak kan??

Akibat terlampau tertekan (limit sabar dah sampai ke tahap petala ke-7), gadis ni lantas terus men-delete pengkritik atau penyibuk tersebut dari friend list nya kat Facebook. Siap suruh individu tersebut go to hell lagi.. Individu tersebut patut bersyukur sebab gadis ni bukan tuhan.. Fuhhh..

Akhir kata buat gadis2 bershawl, anda tak perlu pedulikan cercaan dan hinaan dari sesetengah pihak (jika ada).. Yang penting, pastikan tudung anda sentiasa mengikut perkembangan fesyen ok?? Kepada org2 yg limited fashion cam aku ni, sila terima keadaan dan perubahan fesyen semasa ni.. Ingat, tudung ni bukan tudung tempek ataupun tudung Yuna, ia adalah SHAWL!!!

P/S: Mak aku pesan, jangan terlampau membenci seseorang, nanti kita terlupa jasa baik mereka pada kita.. Buat gadis tersebut, jangan benci aku, maafkan aku k?? (Ikhlas ni..) Kate matured, tak kan nak gado cam budak2 lagi..


Dari aku layan tudung Yuna tu, baek la aku layan Yuna yg 'solehah' ni.. Yuna Ito daisuki!!!

About Me

My photo
I was born on 24th December 1988 at Dungun, Terengganu but live at Kuching, Sarawak. I'm now studying at UTM (Technological University of Malaysia) located at Skudai, Johor in Degree of Chemical Eng. (Bioprocess). I'm a happy, nice, believe in myself and a motivated person. I like to play computer games especially strategy games. That's a little things about me..

Followers