Pada suatu malam yg hening, ketika aku sedang menjamah mee goreng lebihan jamuan, datang seorang rakan kepadaku.. "Amzar, cuba ko baca post sorang gadis ni kat blog dia", katanya dgn wajah bersungguh-sungguh.. Aku pun bukak jugak walaupun sebenarnya aku mmg malas nak baca blog2 gadis nih.. Balik2 luahan perasaan.. Kalo topik menarik tak pe gak.. Sebagai lelaki normal, membaca luahan perasaan org ni mmg agak memualkan la..
Lepas aku baca post gadis ni, aku jadi sangat teruja nak meng-update blog yg dah berkulat sbb lama tak bukak. Post gadis ni berkisarkan tentang bagaimana dia merasa tertekan akibat dikecam hina oleh segelintir pihak hanya kerana memakai tudung tempek atau shawl. Gadis tersebut meluahkan rasa hairannya kerana sering dikaitkan dgn Yuna, hanya disebabkan dia memakai tudung tempek atau shawl.. Rileks la sikit.. Artis kan ikon.. Biasa la tu.. Takkan tak penah dengar tudung ikin, kain mawi.. Kain angkasawan pon aku penah dengar. Kejadah.. Apsal dia tak bagi nama kain Sheikh Muzaffar Shukor je??
Lagi satu katanya, "hei....kitorg bershawl, still pakai tudung..bukan pakai bra, spender jer...wut the hell.." Aku gelak besar bile baca statement ni. Memang nampak tertekan betol gadis ni. Still pakai tudung?? Bukan pakai bra ngan spender je?? Kah3.. Kalo pakai tudung nampak leher tapi nampak leher, nampak lurah, baek pakai spender ngan bra je.. Tak pakai pe2 pun tak pe.. Owh ye, gambar gadis bertudung kat post aku sebelum post ni pakai shawl gak kan??
Akibat terlampau tertekan (limit sabar dah sampai ke tahap petala ke-7), gadis ni lantas terus men-delete pengkritik atau penyibuk tersebut dari friend list nya kat Facebook. Siap suruh individu tersebut go to hell lagi.. Individu tersebut patut bersyukur sebab gadis ni bukan tuhan.. Fuhhh..
Akhir kata buat gadis2 bershawl, anda tak perlu pedulikan cercaan dan hinaan dari sesetengah pihak (jika ada).. Yang penting, pastikan tudung anda sentiasa mengikut perkembangan fesyen ok?? Kepada org2 yg limited fashion cam aku ni, sila terima keadaan dan perubahan fesyen semasa ni.. Ingat, tudung ni bukan tudung tempek ataupun tudung Yuna, ia adalah SHAWL!!!
P/S: Mak aku pesan, jangan terlampau membenci seseorang, nanti kita terlupa jasa baik mereka pada kita.. Buat gadis tersebut, jangan benci aku, maafkan aku k?? (Ikhlas ni..) Kate matured, tak kan nak gado cam budak2 lagi..
Dari aku layan tudung Yuna tu, baek la aku layan Yuna yg 'solehah' ni.. Yuna Ito daisuki!!!
Posted by
Amzar
6 comments:
eit..aku xde letak muke ko dalam page aku pon..aphal ko smpi nak letak muke aku lak???
ko ikhlas nak mintak maaf tp ko wat camni...aku ni manusia biasa.kadg2 terima tohmahan, jhinaan cercaan org, aku xleh trima...mak ko kata jgn benci org, tp ko yg buat aku benci ko...maaf..aku minta maaf sgt kalo ko rs aku carut kat ko...everybody have their own limit...plezla amzar
comon la guys. chill la. amzar. ak rse ko ptt del kot pic tuh. everyone in the class has starting to story about this. just my 2 cents.
haha... yela2.. aku dah tuka.. saper srh letak gmbr sndr kat internet. x de term n condition lg.. internet ni kan public.. seb bek bukan gambar bogel td.. jgn jd bodoh ye.. hak3
ades.. aku terguna juwei nyer akaun lak.. luahan perasaan?? ye la kot ainaa..
"Tudung bukan wajib pun kak.. Dalam Quran dan Hadith tak de pun suruhan memakai tudung.. Pakai bra ngan spender je pon tak pe kalau menutup aurat.. "
salam bro..
ap maksud ko dgn ayat kat atas...
bkan ke suruhan pakai tudung ni ada dalam quran dan hadis so napa xwajib plak..ni ak bagi contoh :
surah an nur ayat 31
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan (kemaluan) mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka..” sehingga akhir terjemahan ayat ini.
hadis plak :
Diriwayatkan oleh Abu Daud dari Aisyah r.a. bahwa ketika Asma' binti Abu Bakar r.a. bertemu dengan Rasulullah saw, ketika itu Asma'
sedang mengenakan pakaian tipis, lalu Rasulullah saw. memalingkan muka seraya bersabda:
"Wahai Asma'! Sesungguhnya, jika seorang wanita sudah sampai masa haid, maka tidak layak lagi bagi dirinya menampakkannya, kecuali ini ..." (beliau mengisyaratkan pada muka dan tangannya).
tolong refer debat antara ustaz asri ngn astora jabat k...astora jbat ni la yg agak bahaya..kata tudung xwajib tp alhamdulillah ustaz asri bijak mnjawab dgn berhikmah
elok anda betulkan ap yg anda tulis tu supaya org xkeliru n hati2 la tika bertinta..kerna setiap ap yg kita ungkap tu akan jadi hujah di hadapan Allah kelak..wallahualam
Alamak.. Sori la bro.. Aku br bce comment ko.. Blog aku ni dah berkulat dah pun.. By the way, aku x perasan ayat tu sbb aku refer yg ni je..
"Firman Allah lagi yang bermaksud: "Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (ketika mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah al-Ahzab, ayat 59)
Anyway, tq sbb bgtau..
Aku berfikir: "Kalo suatu hari nnt de fesyen baju yg tutup aurat dr kepala smpi kaki terus (bygkn baju hujan + jubah), agak2 nyer tu dikira bertudung ke x ye??"
Post a Comment