"Pulau Kidjang? Pe tu? Pulau ke? Tragedi pe pulak? Tak penah dengar pun..."
Persoalan-persoalan tipikal tu tu la yg terbit dlm minda aku bila memula aku tgk tajuk buku ni. Atas dasar inkuiri, aku pun baca la buku setebal 173 muka surat yg ditulis oleh Aini Selikang dan Amrizan Madian tu dan berjaya abiskan dalam masa 3 jam.. Aku rasa korang pun tak tau pasal tragedi pulau kidjang ni kan? So, aku kongsikan kat sini sebagai pengetahuan am kita bersama..
M.V Pulau Kidjang merupakan sebuah kapal pengangkutan utama di Sarawak sekitar tahun 70-an dulu. Selain M.V Pulai Kidjang, terdapat juga kapal pengangkutan yg lain seperti M.V Rajah Mas yg berulang-alik dari Kuching-Sarikei-Sibu ketika itu. M.V Pulau Kidjang yg bernilai Rm320,000 ini dibeli dari Indonesia dan telah berkhidmat untuk penduduk selama 8 tahun sebelum terbenam di dasar muara Rejang.
Tragedi tersebut berlaku pada 27 Disember 1973. Pada ketika itu, penumpang seramai 159 orang tersebut kebanyakannya dalam perjalanan pulang ke Sibu selepas bercuti sempena perayaan Krismas. Kapal tersebut bertolak dari Kuching pada 26 Disember, jam 6.30 petang, lewat 30 minit daripada yg dijadualkan. Ia karam di perairan Tanjung Jerijeh, 3.5 batu nautika dari Barat Sarikei. Tragedi malang ini mendapat publisiti meluas di dada akhbar terutamanya akhbar Inggeris tempatan ketika itu, The Vanguard bertarikh 28 Disember 1973.
Kejadian jam 3.00 pagi tersebut telah mengorbankan 121 jiwa. Hanya 41 mayat yg ditemui manakala selebihnya mati tanpa kubur. 38 orang terselamat termasuk 18 orang kelasi. Kebanyakkan mangsa mati akibat terperangkap di dalam kapal, ada yang lemas dibaham ombak ganas musim tengkujuh kerana terjun ke laut tanpa jaket keselamatan. Tuah menyebelahi sesetengah penumpang yg terdampar di pantai Kampung Gerigat apabila M.V Hornbill yg dalam perjalanandari pekan Selalang menumui mereka. Peristiwa tersebut telah menjadi sejarah hitam dan igauan ngeri bg mangsa2 yg terselamat.
Peristiwa ini turut meninggalkan kesan kepada penduduk Sarikei apabila kebanyakkan penduduk disana tidak memakan ikan selama berbulan-bulan disebabkan terbayang mayat-mayat mangsa yg dimakan hidupan laut. Ada kes dimana penduduk menemui cincin, jam tangan butang baju, serta jari didalam perut ikan yg ditangkap.
P/S: Moga roh-roh mangsa dicucuri rahmat.. Amin..
43 comments:
kenal dengan sorang pakcik yang terselamat dalam tragedi itu.
pak cik hassan anggas(refer to nama mangsa meninggal kat index buku 2)..tu tuan rumah mak saye tym die kecik2 dulu...makcik saye tym kecik slalu tgok die berkeliaran kat umah 2 lepas kejadian pulau kidjang ni...biasalah,budak2 kan,ade 6th sense..semoga rohnya dicucuri rahmat..al-fatihah!
hassan iya beradik ngan datuk aku..salleh anggas..
Kmk nengar kesah MV Pulo Kidjang tok dr mulut nenek kmk pun. Mcm2 cerita yg di dengar, mistik pun ada. Juragan kapal yg bernama Che Alip ialah suami kepada adik nenek kmk... Kmk rang nunggah nya Nek Cik. Nek Cik berasal dr Mukah. Melano Mukah, sama kpg dgn arwah bapak kmk. Nek Cik meninggal beberapa tahun yg lepas di Mukah, pergi bersamanya Sejarah Pulo Kidjang. Sama2 lah kita sedekahkan Al-fatihah kepada beliau & mangsa MV Pulau Kidjang. Sedeh bila genang kesah kapal ya.
TRAGEDI PULAU KIDJANG
Bila bulan mengambang
Cahaya pun gemilang
Tiba-tiba mendung mendatang
Angin serta gelombang
Bertiup dengan kencang
Malang terus mendatang
Sebuah kapal panjang
Ukuran sama sedang
Diberi nama Pulau Kidjang
Malangnya Pulau Kidjang
Jadi mangsa gelombang
Tenggelam di lautan Rajang
Alangkah sedih oh Tuhan
pada hambamu yang malang
banyak nyawa terkorban
Menjadi peristiwa hingga masa kini
Kisah tragedi Pulau Kidjang
minta izin copy
sapa nak cta selanjutnya ctc sya....tq
Anak pakcik hasan tu sekarang bekerja satu unit dengan saya kat KK lanang Sibu.... Sedih kan...
aduh! dik, itu gambar yang terakhir bukan kapal pulau kidjang duh. pulau kidjang rupanya lebih lebar and besar, dapat menampung 200 penumpang. yang adik postkan itu kapal nelayan ja. :P
mcm ne nak kontek..kmk berminat nak molah kajian lanjut....nak molah jadi tesis penyelidikan....leh tanyak sapa org yg bleh kmk jumpa utk research tokk
kmk awang syazwan yg nak molah tesis pasal kajian tragedi tok...semoga kisah tok leh kita paparkan lam malaysia tok..sebb rasa2 nya bnyk sik tauk kejadian ngeri tok....leh ka??please sapa2 yg berkenaan...leh kontek kamek...0102963072..email awangsyazwan@yahoo.com....kmk pun bapak asal dari kampung rajang yaa...
sine nk nyarik lagu tragedi pulau kidjang ya oo... yg dpt, lirik jak ngak ada.. sik dpt carik kt internet...
gambar ya BUKAN gambar M.V. Pulau Kijang
minta maaf mencelah...anak melano..ktk silap kali..juragan kapal pulo kijang allahyarham hj awg hashim..nya diam di kpg lintang kuching..nya lah juragan kapal terakhir yg bertugas semasa kejadian ya... org nama seh bin alop @ chik bin alip ya jurumudi no. 1...
trjedi yg amat dahsyat sekali...masa ya agik kechik blm faham apa kesedihan urg tapi kampung nenek kamek di Tanjung jerijeh masa ya(jerijeh lamak) so kejadian berlaku di kawasan perairan kampung tersebut . Byk cerita sedih,ganjil,pelik,memualkan di dengar dari naruah nenek .My late granny never ever take fish as her favourite dish since that.
Kisah tragedi karamnya Kapal Pulau kijang ini boleh juga rujuk pada ayah saya iaitu Ustaz Haji Mansor Bin Hj, Khalid bekas guru agama angkatan tentera ketika itu bertugas di RASCOM , Sibu Sarawak. Ayah saya adalah orang yang terlibat sepenuhnya dalam pengurusan jenazah mangsa-mangsa kapal karam ini. Maklumat lanjut boleh hubungi saya, 019-3630032.
mun nak tauk cite lebih lanjut dan detail pegi jumpa dgn anjang mali @ Marali Labak di kpg Tambirat.Ya salah sorang mangsa yg terselamat.
Baruk ari tok kmk dgr kesah crita pulau kidjang tok dr bapak kmk...sedih nya... Bla search jumpa la blog tok....tauk la ckit2 pasal sejarahnya...
kapal pulau kidjang dah sik dpt d tanggar lagi di muara rejang...abis dah besi nya d jual org..kesian
Kmk tok nak cari warta kerajaan mengenai kejadian tok.... siapa tauk No. Gazet nya? email kmk albelalang@gmail.com
Tragedi yg tidak ramai org tahu sbb yg popular Titanic
tq..kmk nang ada tpkir mk ambik tjuk tok untk assgmnt kmk.kmk penah baca buku pasl tragedi pulau kijang towk.tp kmk ada cuba crik agik buku ya kt library,kt bookstore nang x kalak gk jmpa..mun dpat,sesiapa yg mk bntu berik info untuk ngan kmk,blh lah email g nabellaluna@gmail.com my.kmk mk info yg sbena2x nya.sebb benda sejarh,so ada nilai nya tsndiri.tq mun ada yg sudi tlg kmk lak.
Syukurlah gik banyak urang yang maok ambik tauk kesah pulo kidjang tok tapi sayang sik banyak rujukan gik. Banyak yang dah ninggal. Baguslah mun contact numbers and names yang dicatit di atas ya reliable and dapat dihubungi. Tahniah ! Jangan kita gago dgn Titanic ajak, cerita pembulak urang putih ya.
sapa tauk siney buku ya ow..berminat mok baca
buat ank melano....mek nak tanyak buku kisah pilo kidja tok ada jual x owh di sarikei..mek mauk tauk kisah selanjut nya...
nk terselamat ya...maseh idup x owh sampey knek tok..mek mauk jumpa sidak mauk tanya berita selanjut nya...
ninek kmk sama ninggal dlm pulau kidjang... Ulis bin Taha nama ninek kmk..huhuhuhu
che alip ia datuk saudara aku...nya memang juragan kapal...datuk aku dillah alip adalah abang kepada che alip...sekarang che alip dah meninggal dunia...
adik beradik datuk aku kebanyakkan nya lelaki,cuma seorang sahaja perempuan...che alip ia antara salah seorang adik beradik datuk aku.
Waktu mayat2 yg xdpt dikenal pasti d embak pkei trak askar dari ckei ke masjid bhgn kuching tok cdak mak kmk ada tangga. Bnyk askar time ya. Waktu malam. Nang seran and bunyi siren dak askar ng kuat. Arum bulak sekampung xdpt tido mlm ya. Mayat2 yg dh xpt d cam ya dikubur ramei2. Di berik mandik pun pkei cukup syarat. Kubur ya d area tepi masjid bhgn kuching d polah kdk gazebo. Dngr ceita tmpt muara rajang ya berpuaka. xtauk benar ka x. Lembaga berupa ikan. da juak org mdh tmpt ya tmpt air berpusar. Juragan waktu ya Che Alip. Kapten dlm kabin. Waktu kapal x bergerak Kapten bngn keluar dari kabin ny. Che Alip panik bila kapten Awang berteriak xtauk kenak kapal mv pulau kidjang x bergerak walhal enjin xda masalah. Ya info dari buku tragedi pulau kidjang. Cuma yang eran dalam bnyk2 org ya dinterview cuma Kapten Awang ya x d temuramah. Mungkin dah meninggal. Apa2 pun kmk sokong usaha utk mengumpul maklumat pasal tragedi tok utk tatapan generasi yg baru.
Ada nama nenek ktk dlm senarai kat buku tragedi pulau kidjang. Takziah.
Waktu kmk gik sekolah menengah dalam tahun 90an dolok, mak kmk pernah bercerita pasal pulau kidjang tok. Mak mek madah, nya sepatutnya ikut pulau kidjang pada hari kejadian untuk balit ke Mukah tapi sik jadi sebab nya dah balit ke Mukah dua hari sebelum kejadian.
Salam.kamek penulis skrip maok mendokumentasikan kisah tragedi M.V Kidjang tok..Kinek tok kamek keja di Semenanjung tap berminat dengn kisah2 menarik dari negeri Sarawak utk diceritakan kepada umum supaya orang x lupak kisah negeri Sarawak.sesiapa yang ada maklumat dan kontek dengan waris atau mangsa terselamat yang masih hidup sila hubungi atau email di kazar4u@yahoo.com. Harap boleh berik kerjsama.
Salam.kamek penulis skrip maok mendokumentasikan kisah tragedi M.V Kidjang tok..Kinek tok kamek keja di Semenanjung tap berminat dengn kisah2 menarik dari negeri Sarawak utk diceritakan kepada umum supaya orang x lupak kisah negeri Sarawak.sesiapa yang ada maklumat dan kontek dengan waris atau mangsa terselamat yang masih hidup sila hubungi atau email di kazar4u@yahoo.com. Harap boleh berik kerjsama.
cerita tok bukan mitos,ia adalah fact di tahun 70an.Masa kmk masih sekolah rendah.cerita nya amat sedih kerana ia boleh di katakana sebagai pengajaran buat semua.Tahun 70an dulu boleh di katakan pengangkutan air adalah pengangkutan yang amat mudah di dapati kerana jalan darat ketika itu adalah satu penyeksaan buat rakyat Sarawak .Bayang kan dahulu dari Kuching ke Simanggang pun memakan masa yang agak panjang inikan pulak uttuk ke bahagian Sarikei,Sibu apatah lagi Miri dan selebihnya!Keadaan jalan yang tidak rata berlopak dan berlubang serta berbukit bukau (geography Sarawak) membuat perjalanan ke Sarikei dan Sibu dari Kuching mengambil masa lebih dari 12 jam!jalan alternative adalah melalui sungai ataupun laut.dari Kuching ke bahagian ke 2 ( Sri Aman (Simanggang) dan kawasan yang berdekatan) sungai dan muara akan di tempuhi dan kalau ke Sarikei dan Sibu Lautan Cina selatan lah yang HARUS di lalui dan di tempuhi ,walaupun bunyi seakan menakutkan tetapi perjalanan nya amat selesa walaupun memakan masa. Pada ketika itu pada pertengahan bulan Oktober hingga penghujung bulan Januari perjalanan ke bahagian Sarikei atau sibu todak di galakkan kerana pada bulan tersebut adalah musim bulan tengkujuh air lautan amat amat bergelora sekali.Trajedi kapal Pualu Kidjang ini berlaku pada musim tengkujuh dimana ketika itu musim cuti sekolah.Keluarga sebelah bapa saya berasal dari sebuah kampung nelayan yang terletak betul betul di hadapan Lautan Cina Selatan tersebut ,iaitu Kampung Jerijeh (Jerijeh Lama).menurut cerita yang saya dengar saudara saya yang tinggal di kampong tersebut pada kejadian malam tersebut cuaca memang amat dahsyat, ribut begitu kuat dan bunyi deruan ombak yang menghempas pantai begitu menyeramkan dan menurut nenek saya bunyinya seakan memanggil-manggil.Pokok di sekeliling kampung banyak yang tumbang pada malam tersebut.Begitu lah dahsyatnya pada malam kejadian. Bunyi petir dan guruh sahaja telah menenggelamkan bunyi sekeliling sehingga keesokan hari nya gempar dengan banyak barang2 terdampar di tepi pantai yang berdekatan dengan kampong.Pelbagai cerita yang cerita yang di selepas kejadian tersebut di mana satu kampong tersebut tidak berani menangkap ikan, menjamah ikan dan apa apa yang berkaitan dengan lautan tersebut.Sumber pendapat nelayan ketika itu terjejas teruk dek kerena bermacam benda yang di jumpai dalam hasil tangkapan laut.Setiap hari ada saja mayat terapung di jumpa apatah lagi di pantai yang terpencil.Banyak cerita sedih yang saya dengar sebelum, ketika dan selepas kejadian tersebut berlaku.Dalam kejadian tersebut terbit pelbagai kesah cinta kasih pada keluarga, cinta kasih pada harta dan cinta kasih kepada kekasih .Yang ikhlas,,yang hilang pertimbangan ,yang berhati mulia terdapat dalam lipatan sejarah Terjedi pulau Kidjang tersebut.
Alhamdulilah.....sebagai penulis dan penyelidik untuk buku Tenggelamnya Pulau Kidjang, saya berpeluang menemuramah kapten terakhir kapal M.V. Pulau Kidjang, Haji Awang Hashim di Kampung Lintang. Maaf buku tersebut tidak dijual di mana-mana kedai buku di Sarawak cuma terdapat di beberapa perpustakaan sekitar Kuching, Sarikei dan Sibu. Semua fakta yang terdapat di dalam buku tersebut berdasarkan dokumen sebenar yang dirujuk dari pelbagai sumber. Sepanjang pembabitan saya mendokumentasikan dan menulis tragedi ini pelbagai cabaran yang dihadapi, pengalaman bertemu waris-waris terdekat mangsa yang masih hidup cukup menghibakan hati dan perasaan. Sebenarnya sehingga ke saat ini peristiwa tragedi tersebut cukup meninggalkan kesan mendalam di hati waris-waris mangsa. Saya memahami betapa sukarnya mereka menghadapi segala peristiwa yang berlaku. Sekuat mana pun saya sepanjang kerja-kerja penyelidikan di lapangan ketika itu, akhirnya saya tewas dengan air mata sendiri setiap kali merakamkan kisah-kisah menyayat hati yang diceritakan oleh waris-waris mangsa kepada saya.
sepupu kamek..salah seorg drpd mangsa yg terselamat iaitu Kadir bin Gobil, kehilangan isteri dan anak2nya dlm tragedi ini. Skrg sepupu kamek tinggal di perumahan lorong c6 dan masih sihat walafiat. Semoga roh isteri dan anak2nya dicucuri rahmat.
Tahun ini genaplah 40 tahun peristiwa tragedi kapal Pulau Kidjang. Sewaktu pendokumensian bahan untuk penerbitan buku Tenggelamnya Pulau Kidjang, saya telah berusaha untuk menghubungi Sdr Kadir. Bagaimanapun saya menghormati pendiriannya untuk tidak ditemuramah. Kehilangan keluarga tersayang meninggalkan kesan mendalam pada dirinya.Tragedi tenggelamnya Pulau Kidjang bakal diterbitkan pula dalam bentuk dokumentari khas dan InsyaAllah juga penerbitan filem. Perancangan awal giat dijalankan ketika ini. Penulis amat mengalu-alukan waris mangsa atau mangsa tragedi untuk berkongsi pengalaman mereka. Email penulis;zalhass1968@gmail.com
Harap kisah sejarah yang amat menyayat hati dapat tampil di kaca tv ataupun di jadikan sebagai filem pertama tentangnya kapal tengelam di sarawak.
Kenangan lama. Masa ya kamek baru abis tingkatan 3, musim cuti sekolah..selepas perayaan krismas. time ya agik kecik, seronok jak bila org madah ada kapal karam..bukan ada fikir lain, ada kapal karam adalah jumpa barang-barang permainan, roti tin, dan macam-macam lagi ditepi pantai seperti kapal-kapal karam sebelum ini. tapi awal pagi ya memang keadaan laut bergelora, berujan berangin jak dah beriot tepi pantai..seronok jak. sik tauk ya lah merupakan tragedi kapal penumpang karam yang kinek tok dikenang sebagai tragedi pulau kidjang. Alfatihah untuk mangsa tragedi tersebut.
Sesapa ada buku ya, mintak tolong gilak-gilak inform kamek. Boleh contact kamek 0148827591 (amy). Makseh banyak2.
Thank You and I have a dandy proposal: What Was The First Home Renovation Show home repairs contractors near me
Post a Comment