2 minggu yang penuh dengan test dah lepas.. Result x tau lg. Harap2 berbaloi la ngan ke'struggle'lan last minute aku.. Bile dah tak de masa nak mengarang kat blog ni, aku luang (bukan buang) masa kat facebook plak. Member aku tak de la ramai sgt lagi, baru 80 lebih je kot.. Tapi satu benda yang mengagumkan aku.. Serius shit.. Aku baru je post sejam, post2 baru dah mengambil alih tempat post aku td.. Rajin betol rakyat malaysia ni maen facebook ye..
Atas dasar suka sama suka, aku pun baca la setiap isi post2 baru tu.. Macam2 luahan hati de.. Dah macam public diary dah aku tgk.. Ade yg post dia nak gi makan tp perlukan teman, de yg post dia nak mandi.. Dah bucuk katanya.. Mungkinkah dia berniat untuk mengajak aku dan rakan2 facebooknya ikut mandi sekali?? (o.0)
Tanpa sedar, neuron-neuron otak aku mula memberikan respon.. "Berapa agaknya percentage bdk2 IPT dlm friend list aku ek??" Tangan aku lantas mengambil calculator diatas meja dan bla bla bla.. Akhirnya selepas menekan butang '=', nilai yg terpampang ialah 97.7%.. Boleh tahan gak ramai.. Timbul persoalan dalam benakku, "Apsal tak banyak post2 yang menunjukkan mentaliti atau tahap intelek budak IPT??" Yang aku nampak hanyalah post2 level budak sekolah cam adik aku. Kalo nak berkongsi pun, kongsi la benda yang bermanfaat sikit. Kalo dah tak de idea nak post pe, tak yah la bagi post2 'bodoh'.. Kalo dah nak gi mandi, nak tido pun post, tak ke post bodoh tu.. Post untuk orang2 kesepian dan kurang kasih-sayang..
Untuk pengetahuan pembaca sekalian, dekat website tempat aku download lagu2 anime (animation jepun) pun ade forum yang membincangkan topik2 ilmiah ni. Dari situ la aku dapat tahu yang kita sebenarnya boleh melihat masa lampau.. Tak terlintas pun kat fikiran aku yang website camtu, yang besanya dilayari oleh hantu-hantu anime a.k.a otaku pun boleh ada forum camtu. Sekaligus membuatkan aku kagum giler dengan budaya ilmu diorang..
Aku pon post la persoalan aku ni dgn mengharapkan perhatian mereka. Mungkin mereka boleh memberikan pendapat atau idea yang bernas bagi menjawab persoalan aku ni. Biasalah, aku bukan pandai sangat pun..
Penantian aku akhirnya berjawab dgn comment2 yg secara jelasnya mengutuk post aku td. Haha.. Aku dah agak dah.. Biar la diorang dengan kehidupan diorang sendiri, asalkan diorang bahagia.. Hak individu la katakan.. Yang penting, aku tetap meluat dan loya dengan post2 dan gambar2 jantan maskulin metroseksual kat sana. Haha..
Posted by
Amzar
3 comments:
salam...
amzar congrate 4 diz sharing blog...
enth ar ak kgum siot ngan ko coz ko bley pk sal bnde2 gni...seyesly ak x penh pon t'pk sal mnde2 ni time ak lyn fb tu but thanx 2 u coz atleast otak ak t'bka gak la tuk pk sal ni...ak 100% stuju ngan ko mntality studnt2 ipta kte mmng sgt2 low(t'msuk ar ak)...myb stdnt2 kte ni kurg pndedhn ngan dunie luar or in other word mls nk tertokai dunie luar...sbb tu la mostly pmkirnnye juz in d box n in a comfrtable zone...sumenye dsuap x payh nk cari...ni la mslh utame yg ak nmpk kt dri ak sndri la...
so congrate once againd amzar coz wit ur aticle n blog u juz open my brain n i hope more teenagers outhere can feel d same thing...
keep up ur gud work n thanx 4 all d gud article...
wsalam..
pendapat aku pulak, budak2 ipt skang ni camtu sebab ipt dah berlambak sgt.. persaingn krg, budak cikai2 pon boleh msk.. plus, budaya ilmu melayu ni mmg layu ckit.. ^^,
Anyway, tq sbb jd org 1st post comment kat blog aku ni.. Tak sangka lak.. hak3
Post a Comment