CORET-CARUT

Write And Share

Percayakah anda bahawa setiap nikmat yg kita dapat dtgnya dari Allah? Atau mungkinkah anda percaya nikmat itu dtgnya "semulajadi" atau atas usaha keras tanpa penat diri kita semata-mata. Aku pernah berfikir begitu satu ketika dulu. Aku merasakan yg kita cuma akan dpt merasai nikmat atas usaha kita, tidak terlibat aturan tuhan dlm hidup kita. Mengapa? Sebab aku cuma melihat dgn mata kasar aku bahawa org yg berusaha berjaya dlm hidupnya. Aku menjadikan "we will sucsess with hardwork" sbgi mind set aku, sm seperti pemikiran Adolf Hitler dan Darwin.

Namun yg sebenarnya, bukan semua yg kita usahakan akan kita dapat sepenuhnya. setiap hasil penat jerih kita adalah rezeki, dan rezeki itu adalah pemberian. Lihatlah dgn teliti, ada org yg masih tak berjaya walaupun sudah berusaha separuh mati dan ada juga org yg jatuh biarpun sudah dianggap berjaya dlm hidupnya sebelum itu. Ok, anda katakan itu adalah silap mereka sendiri. Lihatlah tubuh kita, sempurna? tidak cacat? masih bernyawa? Adakah kita berusaha untuk mendapat nikmat tersebut? Bukankah ini jelas menunjukkan bahawa nikmat yg kita dapat semuanya pemberian Allah. Dan kita harus sedar, setiap nikmat yg diberikan boleh diambil bila2 masa je. Dan apabila ianya diambil sekelip mata, kita dpt saksikan ramai manusia mengambil jln mudah untuk "menamatkan" penderitaan, bunuh diri. Jelas, org yg benar2 beriman sentiasa positif dan bukan org2 yg sebodoh mereka. Jika anda seorg yg positif, bersyukurlah kerana itu merupakan nikmat yg bkn semua org perolehi.

Setiap saat hidup kita ni adalah nikmat Allah berikan. Mungkin kerana terlalu mudah untuk kita dpt dan kita percaya bahawa nikmat ini tak akan hilang menyebabkan kita lalai dan alpa. Aku mula tersedar bahawa setiap nikmat ni boleh diambil sekelip mata bila motosikal RXZ aku hilang 5 bulan lepas. Aku rasa kecewa sgt masa tu. Motor tu br je pakai 2 bulan. Mungkin murah bg sesetengah golongan, namun sgt bernilai bg aku yg msh belajar dan tak de pendapatan tetap lg. Motor tu juga adalah usaha keras aku yg dah penat untuk berjalan ke fakulti yg agak jauh dan terletak di atas bukit dlm UTM. Namun, rasa kecewa tu terus hilang apabila aku terjumpa seorg pelajar yg hanya menggunakan kerusi roda utk pergi ke kelas tanpa ada sedikit pun rasa kesal, kecewa dan sedih terpancar dr mukanya. Untungnya aku kerana Allah masih belum menarik nikmat kaki yg diberikan. Aku juga hampir lupa yg kaki aku ni nikmat Allah kerana aku terlalu lama diberikan nikmat tersebut dan aku yakin bahawa nikmat tersebut tak kan hilang dari ku. Alhamdulillah, terima kasih Allah atas nikmatMu...

Jom aku kongsikan ayat yg diambil dr kitab suci al-Quran yg sgt besar maknanya buat diri aku..

"Maka, nikmat Allah yang manakah yang kamu dustakan"
55 ar-Rahman : 73

P/s: Berfikirlah dgn akal dan hati.. Ketahui dan fahamilah setiap nikmat pemberian Allah swt..

0 comments:

Post a Comment

About Me

My photo
I was born on 24th December 1988 at Dungun, Terengganu but live at Kuching, Sarawak. I'm now studying at UTM (Technological University of Malaysia) located at Skudai, Johor in Degree of Chemical Eng. (Bioprocess). I'm a happy, nice, believe in myself and a motivated person. I like to play computer games especially strategy games. That's a little things about me..

Followers