CORET-CARUT

Write And Share

Sebelum melelapkan mata malam smlm, aku sempat memerhatikan koleksi buku2 motivasi kat rak buku rumah aku. Aku mmg suke baca buku sebelum tido ni sbb membaca adalah pemangkin aku untuk tido. Sememangnya buku motovasi byk ayah aku beli terutamanya hasil tulisan Dr HM Tuah. Aku terpandang 1 buku motivasi Dr HM Tuah ni yg berjudul Membina Jiwa Serasi. Aku tertarik utk membaca buku ni sbb aku rasakan keserasian adalah elemen penting dlm membentuk kebahagiaan dan hubungan yg berkekalan (mentang2 dah ade awek).. ^^,

Aku ringkaskan sedikit isi sekadar utk berkongsi ilmu (nak kongsi sumer sini mmg tak mgkn la). Sabda Rasulullah SAW, "Sebarkanlah walau satu ayat pun, nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu
dosa-dosamu". Buku ni amat sesuai bg org yg sdg bercinta, sudah berkahwin ataupun mahu mencari keserasian diri. Jika anda berminat, belilah. Insyaallah, amat berbaloi dan sgt membantu...

Keserasian sebenarnya boleh dibentuk dan mudah dibina. Ia tak semestinya didapati secara semulajadi. Apa yg penting ialah kesanggupan utk bertolak ansur, bersabar dan bertimbang rasa. Dengan adanya keserasian, kita boleh lebih menerima drpd menolak, meskipun si dia amat tak cocok dimata kita. Keserasian bermakna saling melengkapi, bermakna apa-apa yg kurang pada si dia barangkali kita dapat penuhinya manakala apa-apa yg kurang pada kita moga-moga si dia dapat penuhinya buat kita. Mendapatkan pasangan yg 100% memenuhi citarasa kita memang mustahil. Jika matlamat kita sama utk kebahagiaan, serasikanlah diri dengan pasangan, bukan menkontrovesikan diri.

Andai keserasian tidak mampu dibentuk, anda hanya mempunyai 2 pilihan iaitu terus berada disitu dan bertahan menghadapi segala kepayahan ataupun pergi saja. Apa pun keadaannya, bertahan adalah disarankan terutamanya bila mempunyai anak2. Bertahan utk anak2 adalah lebih dituntut. Bayangkan kita mengambil jalan mudah dgn pergi begitu saja, kasihan anak2 yg msh kecil, apalah yg mereka tahu tntg keserasian ibu bapa. Apa yg mereka perlukan adalah seseorang utk dipanggil emak dan bapa.

Berikut ialah 3 tip memperkasakan keserasian anda:

  • Lihat wajah di cermin, senyum dan tanya hati. Apakah aku mmg perfectionist? Jika jawapannya tidak, beritahu diri sendiri aku sedia berkongsi hidup dgn seseorang supaya kesempurnaan itu dapat dibentuk.
  • Lihat pasangan anda, tanya hati, mengapakah dia akhirnya pilihan anda? Tentu ada banyak sebab. Senyum2 pada sebab2 itu dan ulang2 kenangan lalu bersamanya. Tertawalah dgn kelucuan2 dulu dan ukurlah apa yg dilalui kini.
  • Kembali ke alam nyata - betulkan matlamat perkahwinan adalah utk TUHAN dan demi menuruti sunnah pesuruh-NYA. Dengan itu semua masalah tiba-tiba menjadi kecil, yg terlihat di hadapan hanyalah kebahagiaan, tidak lagi air mata.

Beli Secara Online!!

Tajuk : Membina Jiwa Serasi
Pengarang : DR. HM Tuah Iskandar al-Haj
Penerbit : Alaf 21
ISBN : 978-967-860-324-9
Muka Surat : 320 Halaman
Harga seunit: RM 15.00

0 comments:

Post a Comment

About Me

My photo
I was born on 24th December 1988 at Dungun, Terengganu but live at Kuching, Sarawak. I'm now studying at UTM (Technological University of Malaysia) located at Skudai, Johor in Degree of Chemical Eng. (Bioprocess). I'm a happy, nice, believe in myself and a motivated person. I like to play computer games especially strategy games. That's a little things about me..

Followers