CORET-CARUT

Write And Share

Sabtu (16/5/09) yg lepas, aku telah pergi ke Permai, sebuah kawasan peranginan di Santubong, Sarawak. Tempat ni merupakan tempat paling sesuai jika anda berada di Kuching dan memilih untuk meluangkan masa di pantai. Bukan itu sahaja, anda juga boleh melakukan aktiviti pendakian kerana kawasan ini berada hanya di kaki Gunung Santubong, sebuah gunung yg terkenal dengan lagenda Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang. Aku pernah mendaki gunung ni berberapa tahun lepas. Mengambil masa setengah hari (bergantung pada stamina) untuk sampai kepuncak, pandangan dari puncak tersebut sgt mengagumkan. Anda boleh melihat laut yg luas terbentang, pantai yg indah dan hutan yg mendamaikan. Aku tak nak cerita pasal pendakian tu, sbb sekarang ni aku nak bercerita tentang picnic + reunion member2 ex-Sekolah Menengah Sains Kuching (form 5 2005).

Mengikut rancangan asal, kami akan berkumpul di Sukma Ria pada jam 9 pg. Dengan mengaplikasikan hukum Janji Melayu, aku pun bangun pada jam 9 pg dan setelah bersiap lebih kurang dalam 9.30 pg, aku bertolak ketempat kejadian bersama sahabat aku sejak dr form 1, Fadil dengan menaiki Kancil. Namun begitu, hukum Janji Melayu yang aku gunakan aku rasa masih kurang tepat kerana bila aku smpi kat sana, sorang pon tak de lagi. Aku ingt bila aku smpi, ada dh diorg semua. Aku pun call pengarah program, Hel dan diarahkan untuk pergi ke rumah Asmah yg terletak tak jauh dr situ. Setelah sampai kat rumah Asmah, didapati Hel, Ayong, Liwau, Alvin, Naim, Deng dan Atiya dah smpi terlebih dahulu. Hukum yg aku gunakan didapati tepat. Smbil menunggu rakan2 lain yg mengamalkan konsep 'on da way' (sentiasa akan memberi jawapan "On da way" apabila ditny bila nak smpi biarpun msh br bgn tido), kami berborak, mengumpat dan mengutuk sesama sndr manakala gadis2 menyiapkan bekalan makanan disana nnt. Dipendekkan cerita, rakan2 yg lain, Qkap, Amir, Fit, Aimi, Vivian, Eqal selamat smpi kemudian. Kami memulakan perjalanan yg mengambil masa hampir 30 minit itu pada jam 12.00 tghari.



Sampai sahaja disana, kami membuang masa kira2 20 minit untuk merancang menyeludup makanan kerana ada ura-ura yg mengatakan dilarang membawa mknn luar. Dengan strategi bergerak dlm 3 group, akhirnya plan yg dirancang tak berhasil dan kami dikehendaki membayar RM13 seorang kerana membawa mknn luar. Rupanya boleh bw mknn, kena byr je. Untuk sampi ke pantai, perjalanan menggunakan kaki telah memakan masa selama hampir 5 minit. Dan akhirnya kami dapat tempat yg teduh untuk melepak + menukar baju + makan.



Disebabkan kami bertolak tengahari, ditambahkan lagi dengan cuaca yg panas terik, keadaan di pantai tersebut membahangkan. Salah seorang dr rakan aku, Fit dengan bahasa dan loghat melayu sarawak bandar berkata, "Panas eh, nantik redup kit lok baruk mandik". Aku pun mengiyakan sbb cuaca masa tu mmg panas. Ku sangka cerah smpi ke petang, rupanya mendung di tengahari, tak sampai 10 minit, akhirnya dia tewas dan pergi ke pantai akibat pengaruh rakan sebaya. Smbil mandi, kami juga melakukan aktiviti lain seperti membina menara lelaki, pertempuran keta tank, dan lumba lari ke pantai. Aktiviti tersebut meletihkan kami dan menyebabkan kami naik kepantai utk makan sebyk 3 kali. Malang sekali, tiada seorg gadis pun yg sudi mandi biar pun diajak berkali-kali. Mereka hanya bermain di gigi air dan melakukan aktiviti mengambil gambar (mengumpat skali kot).




Pada jam 4 ptg, seorang lagi rakan kami, Acet baru muncul. Ni mmg melayu sarawak ori la. Aku pun heran dengan hukum Janji Melayu dan konsep 'on da way' yg dia gunakan. Walaupun rasa letih sekali, kami menggagahkan diri utk menemani Acet ke pantai. Sambil itu, kami mengambil gambar kenangan dengan posing yg pelbagai, antaranya posing melompat ataupun gaya menginjak awan (sukati aku je bg nama). Jam menunjukkan pukul 5 ptg, kami akhirnya mengambil keputusan untuk membilas badan di kolam di kawasan resort berdekatan. Aku pendekkan lagi cerita ni sbb dh penat nak menaip, kami akhirnya bergerak pulang kira-kira jam 6 ptg setelah siap membilas badan dan menukar pakaian. Aku selamat smpi ke rumah dalam pukul 7.30 mlm, lambat sikit sbb Fadil ajak aku gi Wisma Satok utk cari game PS2 yg baru.


Gambar pelangi ni aku ambil masa on the way balik.. Guna kamera handset je.. Kalau ada SLR td sedap gak..

1 comments:

chantek gambar pelangi tok.. ehehe

Post a Comment

About Me

My photo
I was born on 24th December 1988 at Dungun, Terengganu but live at Kuching, Sarawak. I'm now studying at UTM (Technological University of Malaysia) located at Skudai, Johor in Degree of Chemical Eng. (Bioprocess). I'm a happy, nice, believe in myself and a motivated person. I like to play computer games especially strategy games. That's a little things about me..

Followers