CORET-CARUT

Write And Share

Setiap perjalanan hidup adalah pengalaman. Setiap pengalaman itu adalah pengetahuan. Setiap pengetahuan bermakna kepandaian dan setiap kepandaian bermakna kehidupan lebih istimewa.
Anda pandai dalam sesuatu perkara? Syabas. Manusia perlu pandai paling tak satu benda dalam hidup dia. Paling tidak. Sedangkan mengikut kajian setiap manusia boleh menguasai sebanyak 154 jenis kepandaina sepanjang hayatnya. Tengok tu, 154 kepandaian. Pandai masak, pandai pandu kereta, pandai computer, pandai berlakon, pandai menipu, pandai bodek, pandai segala pandai. Percaya?
Bayangkan, ada 154 jenis kepandaian. Campurkanlah yang baik dan buruk, semua sekali mengikut pakar-pakar ada lebih kurang 154 jenis.
Anda pandai banyak mana? Berapa jenis kepandaian? Anda satu pun tak ada?
Mana ada orang yang langsung tak ada kepandaian. Orang yang tak berapa betul tu pun ada kepandaian. Dia kalau berjalan tak pernah ditengah jalan raya, tahu dia ikut tepi jalan raya. Walaupun tak berapa betul. Hairan. Kalau otak miring, kata otak tak center, kata gila, tapi kalau berjalan boleh buat kira-kira, berjalan tepi pulak tu. Nak menyeberang pun tahu tengok kiri kanan. Anda tak rasa pelik ke? Saya pelik. Ingin benar rasanya nak Tanya oang gila macam mana dia boleh berjalan di tepi jalan, macam mana dia boleh kenal duit. Lain semua tak tahu, tapi tang duit tahu pulak dia. Pandai pulak tentang duit.
Satu lagi orang gila ni, pandai pulak pakai seluar ya. Ikut logic akal kita, kalau dah gila apa lagi yang dia tahu. Gilalah katakana, otak tak center. Tapi tahu nak berbaju seluar. Walaupun dah hitan serupa bontot kuali. Eh, sensitive cakap bontot, punggunglah, punggung kuali.
Tu orang gila, pun masih ada beberapa kepandaian. Kita? Kita yang pergi kerja dengan tie, dengan kot, naik kereta, tunggang motosikal, ada isteri, ada anak, sekolah pulak tu, setengah orang lepasan university, ada pulak university luar Negara. Kalau university di Amerika ke, England ke, tak hairan sangatlah., sebab bahasa Inggeris sikit-sikit kita boleh faham, yang belajar sampai Jepun, Perancis, Arab, India, Rusia. Waa... sikit punya gila apa nak kuasai dulu bahasa dia orang tu. Wajib pulak tu!
Tengok berapa punya pandai? Tapi anda ada berapa kepandaian semuanya? Pernah kira? Atau pernah putus asa? “Aku ni satu pun tak pandai. Aku ni ngabihkan bogheh yo, (loghat Negeri Sembilan) satu apa pun tak tahu”. “Aku ni, belajar mcam mana pun tak boleh pandai punya.”
Tulah kebanyakan daripada kita. Betullah tu lepasan university, tapi tak pernah cuba-cuba belajar hal lain; betullah tu lepasan luar Negara, cangkul pun dah tak kenal, eleh!
Betullah tu seorang hafiz dan hafizah, tapi buta computer. Contoh. Betullah tu seorang professor tapi setakat teori dan tinggal di kampus university je. Apabila orang suruh buka kedai runcit kat kampong pun tak berani. Contoh. Jangan sensitive.
Kenapa tak mahirkan diri dengan pelbagai kepandaian? Sebab manusia boleh menguasai sebanyak 154 jenis kepandaian. Sebenarnya saya pun mengingatkan diri saya supaya tak berhenti belajar. Proses belajar tak pernah selesai. Kan ada pepatah yang berbunyi, “Apabila seseorang itu berkata aku pandai segalanya, maka di situlah bermulanya detik kebodohannya.”

P/S: Artikel ini dipetik dari sebuah buku Dr HM Tuah Iskandar berjudul Biar Betul-Betul.. Dlm buku ni gak ada menyingkap tentang bagaimana isu curang, poligami dan penceraian berlaku dalam sesebuah rumah tangga secara kronologi.. Mmg menarik!!!



Beli Secara Online!!

Biar Betul-betul
Pengarang : HM Tuah Iskandar
Penerbit : Alaf 21 Sdn Bhd
No. ISBN : 978-967-860-263-6
Harga Buku : RM 10.00

0 comments:

Post a Comment

About Me

My photo
I was born on 24th December 1988 at Dungun, Terengganu but live at Kuching, Sarawak. I'm now studying at UTM (Technological University of Malaysia) located at Skudai, Johor in Degree of Chemical Eng. (Bioprocess). I'm a happy, nice, believe in myself and a motivated person. I like to play computer games especially strategy games. That's a little things about me..

Followers