Seperti yg aku jangkakan, ramai kawan aku komen cara penulisan aku dlm blog ni skema.. Kui3.. Mmg aku saja gunakan Bahasa Malaysia (BM) yg agak skema sbb aku rasakan ianya perlu. Bila fikirkan, dah la sewaktu SMS, berbual, kita gunakan tatabahasa BM SMS dan BM Pasar. Jadi, utk blog ni ada baiknya aku gunakan BM skema supaya aku tak rasa janggal dah menulis dan mengarang dalam BM lagi. Aku ingat lagi waktu mula2 mengarang esei BM selepas hampir 2 tahun aku tinggalkan (sbb dah habis SPM). aku sering kali tersalah taip dgn menggunakan 'short form' malah Bahasa SMS turut aku muatkan dalam esei aku tersebut. Yang bagusnya, esei Bahasa Inggeris (English) boleh pula aku tulis elok2. Adik aku yg masih darjah 5 dah mengalami masalah ni akibat terlalu kerap gunakan Bahasa SMS. Sedih2...
Apapun, utk isinya, aku tetap menggunakan gaya penyampaian 'santai'. Tak ada la org bosan nak baca kan? Hehe.. Mcm tu la serba serbi konsep cuba aku amalkan dalam blog ni. Sayangi bahasa kita, bahasa jiwa bangsa (poyo je).. ^^,
P/S: Sayang Bahasa Malaysia.. Kerajaan Malaysia??? Gi mampus.. Haha
Posted by
Amzar
0 comments:
Post a Comment