CORET-CARUT

Write And Share

Raya tahun ni lebih istimewa buat keluarga Mak Lang aku yang menerima kehadiran 'orang baru' sekaligus menaikkan pangkatnya daripada seorang ibu selama 27 tahun menjadi seorang nenek dan nenek aku di'up' lagi menjadi moyang. Bile dah dapat cucu pertama ni, seluruh ahli keluarga diorg pun jadi excited. Sumer menunjukkan kasih syg yg teramat sgt kat baby tu, tp baby tu wat muke cool je.. Bile tgk baby ni, aku mula rase kesian. Bukan kesian kat yang ni, tp kat sesetengah baby yg baru sehari dilahirkan dah menjadi santapan biawak angkara ibu bapa tak bertanggungjawab yg hanya tau menikmati 'plug and play' semata-mata tanpa mengambil kira faktor-faktor pencegahan..

Anak merupakan anugerah Allah yg sgt kompleks. Menjaga dan mendidik anak bukan la seperti kita bermaen ngan anak patung dizaman kanak2 dulu. Lama dulu aku ade terfikir, agaknya apakah cara yg paling sesuai untuk mendidik anak aku nanti? Bagi aku, tanggungjawab yg terpaksa dipikul oleh ibu bapa dalam menjaga dan mendidik anak merupakan satu task yg sgt susah. Salah cara didikan boleh menghasilkan anak yg boleh dikira sebagai 'hasil kajian' yang gagal.

Aku mulakan reseach dengan memerhatikan cara parents aku mendidik kami adik beradik. Parents aku kedua-duanya merupakan seorang yg mesra, tegas, penyayang, dan adil dalam membahagikan kasih syg kepada anak-anak. Namun begitu, mereka membawa role yg berbeza. Ayah aku sinonim dengan sikap beliau yg tegas dan garang. Kami dididik dari kecil untuk menghormati ayah dan to fear his anger. Mind set kami adik beradik, nak buat pe2 pun, jgn wat ayah marah. Kata-kata ayah juga adalah absolute. Bila ayah kate tak, maka jwpn nyer adalah tak. Ibu aku plak seorang yg tegas dan lembut. Masa kecik2 dulu, ibu lah merupakan org yg plg berani aku nak lawan sebab ibu tak segarang ayah. Berbeza dengan ayah, aku menghormati ibu kerana sikap lembutnya. Jadi, setiap perkara yg aku lakukan, aku tak nak wat ibu sedih.. (Tapi kdg2 de gak la.. Huhu).. Ibu gak seorang yg sporting dan pendengar masalah yg baik. Segala masalah kami lebih selesa dikongsikan dgn ibu. Kerana itu gak, ibu merupakan org yg plg rapat dgn kami berbanding ayah.

Kesimpulan dari observation aku, perkara yg plg penting dalam proses mendidik anak2 adalah menanam rasa hormat kepada ibu bapa yg tinggi dlm diri anak2. Kenapa rasa hormat? Dengan adanya rasa hormat yg tinggi ni, anak2 akan sentiasa mendahulukan nasihat dan arahan ibu bapa dalam setiap perkara yg ingin mereka lakukan. Rasa hormat ini perlu ada sejak mereka kecil lagi. Dgn ini, proses mendidik anak2 akan menjadi lebih mudah kerana anak2 lebih mendengar kata. Namun begitu, untuk dihormati, ibu bapa harus menjadi role model yang baik dr kaca mata anak2 mereka terlebih dahulu. Tanpa contoh yg baik dr ibu bapa, bagaimana anak2 nak menghormati mereka. Jadi, bila nak menyalahkan anak, ibu bapa patut muhasabah diri mereka sendiri terlebih dulu..

Pas sahur tadi, aku yg dah besa tak sambung tido memulakan pagiku yg indah ni dgn melayari internet. Aku sebenarnya tak tau kemana nak melayari bahtera aku kat lautan internet ni, dan semestinya aku tak akan pegi kat website yg bukan-bukan. Aku kan baek.. Huhu.. Pastu aku teringat la pasal keta F1 (ataupun A1.. Aku pon tak pasti) 1 Malaysia yang aku bace kat cursingmalay. Serius shit lawa giler.. Bile tengok je aku rase seakan-akan api semangat patriotik didalam diriku ini membuak-buak dan aku dpt rasakan bahawa pelumba negara kita yg menggunakan keta ni nnt akan menjadi juara kerana mereka akan turut merasakan pe yg aku rasakan ni.. Malaysia Boleh!!!


Disebabkan munculnya keta F1 1 Malaysia ni, aku mula meminati bidang motosport ni. Biarlah seberapa byk pun duit cukai Ayah dan Ibu aku yg kerajaan abiskan, aku tak kesah. Minat nyer pasal.. Atas dasar minat ini juga, aku mula mencari-cari info tentang keta idaman 1 Malaysia ni dengan harapan keta ni bakal memberi asap sebagai santapan kepada pelumba-pelumba Ferrari, McLaren dan sebagainya di Litar Sepang nanti. Lompat punya lompat, aku terjumpa pulak keta sport ala-ala Mazda Rx8 buatan Proton (dan Lotus) ni..


Selepas pembacaan teliti dilakukan, barulah aku tau yg keta ni dah ditayangkan (ditayangkan semata-mata dan untuk selamanya..) dalam plastic box sejak tahun 2007 lagi. Giler la tak up to date aku ni.. Patut la Ayah aku selalu bising, pengetahuan am aku kurang katanya. Kini aku dapat menerimanya dgn rela.. Maafkan kekurangan anakmu ni, Ayah.. Kini aku berazam, pas keja nnt aku nak beli keta Proton PM5 ni untuk Ayah dan Ibu ku yang tercinta. Aku tau aku mampu sebab keta Malaysia mesti la dijual dengan harga yg 'rendah' dan kualiti terbaek untuk rakyat Malaysia berbanding dengan di luar negara sejajar dengan slogan "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan".. Terima kasih kerajaan Malaysia!!!

Hari ni dalam sejarah, aku yang kebosanan tak tau nak wat pe kat kampung aku ni mencapai sebuah buku yg agak usang. Majalah Remaja keluaran Oktober 2005 tersebut aku baca satu persatu sampai mata naik lebam, tangan mula terasa kebas dan tengkuk mula lenguh. Then, aku jumpa artikel ni yang bila aku baca, aku rase cam betol pulak. Aku kongsikan ngan korang. Mane la tau korang pon rase betol gak mcm yg ak rasekan..

Ciri-ciri yang ada pada orang yang lahir pada bulan Disember...

* Sangat setia dan pemurah.
* Bersifat patriotik.
* Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
* Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
* Bercita-cita tinggi.
* Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
* Seronok bila didampingi.
* Suka bercampur dengan orang.
* Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
* Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
* Tidak pandai berpura-pura.
* Cepat marah.
* Perangai yang mudah berubah-ubah.
* Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
* Benci pada kongkongan.
* Suka berlawak.
* Pandai buat lawak dan berfikiran logik.


Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua pengunjung blog aku ni.. Mohon maaf zahir dan batin atas segala kesilapan, secara sengaja mahupun tidak. Aku cuma insan yang tidak lepas melakukan kesalahan. Untuk pengetahuan sumer, hari ni, pada jam 8 malam, aku akan bergerak pulang ke kampung halaman.. Huhu.. Buat yang belum balik, jangan bersedih ye.. Semoga selamat sampai ke destinasi..

Ni kad raya eksklusif buat semua.. Amik la.. Jgn segan2..

P/S: Post kali ni dalam mode baik.. Takde carut2 akan dikeluarkan.. Terima kasih.. (^^,)

Semalam aku gi berbuka puase kat Jusco Taman U ngan seorang gadis. Memang dah janji nak buke puase sama hujung minggu ni. Sepanjang bulan puasa ni pun, ni baru kali ke-2 aku kuar berbuke ngan dia. Busy giler.. Sori ye Efa.. Dah minggu-minggu last nak cuti raya ni la berlambak test ngan assignment kena hantar. Industrial visit lagi la, meeting ntah pape la.. Sampai tak sempat aku nak jogging tiap2 petang untuk menguruskan badan (Tipu)..

Berbalik pada citer asal. Bincang nyer bincang, akhirnya kitorang setuju nak makan kat KFC (balik-balik KFC je).. Perjalanan menggunakan teksi memakan masa 5 minit dari UTM. Kitorang menjejakkan kaki kat pintu buka-auto Jusco kira-kira pukul 5.30 petang. Jalan-jalan jap, aku mula beratur jam 6.10 petang. Time tu orang dah beratur sampai pintu masuk, kira-kira 4 meter dari kaunter. Kaunter pulak hanya 2 dari 3 yang dibuka. Biasalah tu kat Malaysia kekurangan pekerja. Sebab tu kita kena import lebih lagi pekerja asing.

Aku pun beratur sorang2 dgn penuh kesabaran. Si dia? Cuma duduk kat meja sambil anta masej mengutuk aku secara ringan-ringan. Nasib baek dia belanja penuh, kalo tak dah lame aku pok paler dia.. Huhu.. Sedang aku asyik menikmati nikmat berbaris dengan lama, aku terdengar suare-suare halus dan manja dari belakang aku.

"Kite beratur same-same ye awak.. Bulan puase ni kene la adil.." (Gadis)

"Tak pe.. Kite gilir-gilir k.. I beratur jap, pastu U pulak ganti.." (Balak)

"Ala.. I tak kesah la.. Betullll.." (Gadis)

"Saya kan laki yang gagah. Awak jgn risau ye kekasihku.." (Aku tolong jawabkan dlm hati)

Suare pasangan tu berkata-kata manja menyebabkan aku hampir ingin membatalkan puasa aku dengan sengaja mengeluarkan muntah. Dah la kejap I-u, pastu saya-awak plak.. Aku toleh jap ke belakang. Nak tengok gak wajah pasangan romantis abad 21 tu. Lerr.. Aku kenal ompuan tu rupanya.. Maafkan aku kerna mengutukmu dan balakmu kejap tadi ye..

Aku ade terfikir, agak nyer ade org pikir camtu tak bile aku cakap ngan si dia?? Adoi.. Pasni aku kene cakap ngan suare macho la.. Aku tak ingin mencontohi pasangan tadi. Aku lebih rela dilihat sebagai lelaki seumpama hero jepun yang bajet cool dr yang mat romantik tangkap leleh.

Ermmm.. Tapi kalo tak de orang dengar, tak kesah la kot.. Hahaha..

"Kosmo, Jumaat, 11 September 2009, 'Pensyarah kedekut markah' buat laporan polis setelah 8 bulan menahan sabar setelah dihalau keluar dari USIM oleh Timbalan Naib Canselor dan dimaki-hamun oleh pelajarnya gara-gara enggan memanipulasi markah untuk meluluskan markah yang gagal.."

"Kosmo, 15 April 2009, seorang pensyarah yang hanya mahu dikenali sebagai 'Nor' terpaksa meletak jawapan gara-gara hanya 4 daripada 157 pelajar jurusan undang-undang lulus.."

2 berita kat atas ni menarik minat aku utk mencoret dan mencarut sikit dlm blog aku ni Bukan pe, hanya sekadar pendapat dan pandangan peribadi untuk dikongsi bersama.

Isu pensyarah kedekut markah ni bagi aku common la kat universiti ni. Aku pun ade gak pensyarah yang kedekut markah. Bukan sorang, berorang-orang lagi.. Biasa la tu. Tugas pensyarah adalah untuk mengajar, dan tugas pelajar adalah untuk belajar sampai dpt pe yg diajar walau pe pun caranya. Takkan dah masuk universiti pon nak bersuap cam budak skolah hingusan. Jadi, sebab pe ko dapat markah rendah? Sebab tu je tahap ko dalam exam.. Senang cerita. Wat pe nak marah pensyarah atas kebodohan dan kebengapan sendiri? Ye tak? Asyik2 nak senang. Nak lulus senang, nak kaya senang, nak hidup senang.. Sebab tu la graduan sampah je berlonggok skang. Kata seorang penjajah, "Bangsa paling pemalas di dunia ni adalah bangsa ******".. Penah dengar tak? Percaya tak? Aku percaya sepenuh hati. Dah betol nak deny pe lagi..

Aku tgk hampir sumer universiti skang ni hanya mementingkan jumlah graduan yg dikeluar disamping memastikan hasil2 tersebut mendapat kerja, tak kira la keja hanya jd guard sekali pun. Universiti merupakan sebuah akedemia (bukan akedemi fantasia bodo tu), ataupun gedung ilmu. Jadi sepatutnya, graduan2 yang terhasil dari sesebuah universiti merupakan seorang yg intelek, pencinta ilmu dan mempunyai sahsiah yang lebih baik berbanding orang yang gagal menempatkan diri ke universiti. Bukan seorang pemecah amanah dan pemakan rasuah yang tersohor. Bila kuantiti diutamakan lebih dari kualiti, maka hasilnya camni la, berlonggok-longgok graduan yang langsung tak de beza dengan cleaner yg cuma belaja sampai darjah 6 je. Dimana maruah universiti?? Sesuai la tu, universiti low class hasilkan graduan low life..

Namun begitu, kalau dah 4/157 je yang lulus, mesti de something wrong somewhere. Secara logik nyer la, takkan la 4 je mampu lulus. Bodoh sgt ke pelajar2 tu? Ataupun lecturer tu terlalu jumud sampai jawapan yang ade perbezaan perkataan 'oleh', 'dan', 'atau' dari buku teks tapi tak mengubah makna atau fakta pon nak dikosongkan? Kalau la de lecturer camtu, aku pon rase nak sepak gak perut dia. Biol tol.. Lagi baik jadi penyalin buku teks dari penyemak exam paper..

P/S: Adoi, mcm kutuk universiti sendiri je.. Kalo aku gi blaja kat Jepun dulu kan bagus.. Owh ye, jgn tenung gambar hiasan tu lame2.. Batal puase aku tak bertanggungjawab..

JANIN PENUH (gaya tidur merengkok)
Anda seorang yang sangat sensitive dan pemalu. Anda ingin yakin betul sebelum menghabiskan tenaga kepada seseorang atau projek tertentu. Pasangan sesuai anda ialah pemuda yang boleh memberi ketenangan perasaan kepada anda. Kalau pemuda ini anda temui, anda sangat bahagia.


TERLUNGKUP (Biasanya dengan tangan menekuk di bawah kepala)
Anda orang yang sangat teratur, bertenaga, rajin bangun pagi bagi menghadapi kehidupan. Bagi anda segala sesuatu harus dirancang dengan teliti. Anda membenci sesuatu yang mengejutkan. Kekasih yang suka bersikap jinak-jinak merpati membuat anda sering geram. Jadi, carilah pasangan yang mahu bekerjasama dengan cara yang anda kehendaki.


PARUH JANIN (Anda tidur dengan lengan dekat ke tubuh dan kaki agak menekuk)
Hidup anda terasa nyaman dan siap mencari peluang baru. Itu kerana anda yakin mampu menerima ramai orang. Anda seorang yang boleh berkompromi. Bagi kebanyakan orang, anda sangat menarik kerana mempunyai sikap sensitive terhadap perasaan orang lain. Anda lebih suka mengambil sikap terbuka berbanding menyimpan di dalam hati.


ROYAL (Tidur terlentang)
Anda penuh percaya diri, yakin dan berasa selesa kerana menjadi perhatian. Biasanya gaya ini dimiliki oleh anak tertua atau terkecil dalam keluarga dan selalu memilih pekerjaan bersikap kreatif. Dalam urusan cinta, anda perlu berasa bebas, kalau tidak, anda susah hati.


FLAMINGO (Posisi miring dan agak terlungkup dengan satu lutut menekuk sedang yang lain lurus)
Anda mudah bersahabat, tetapi juga bersikap bergantung kepada orang lain. Bagi anda hidup itu mengasyikkan kerana pengalaman. Dalam berkomunikasi, anda kurang mahir. Anda cenderung memendam masalah sehingga masalah menimbun.


PENUNGGANG (Sebarang posisi dgn satu tangan menyentuh bahu yg lain atau kaki menekuk hingga lutut saling bersentuhan)
Anda ingin bereksperimen dalam hidup. Namun anda sukar menyampaikan keinginan hati. Bahkan kadang sampai tak tersentuh. Kejayaan mudah menghampiri anda.


P/S: Aku tak penah tido dlm posisi tetap.. Adakah aku mempunyai personaliti yg berubah-ubah??!!! (o.0)

"Pe plak bezanya antara Islam ngan islam ni? I ngan i?" Persoalan tersebut yang muncul bila aku ditanyakan tentang perbezaan 2 perkataan ni, Islam dan islam. Sambil menunjukkan riak wajah seorang professor sedang memikirkan permasalahan yang rumit, aku berfikir lagi. Otak aku bekerja bagaikan enjin kereta viva yang sedang bergerak dlm kelajuan 250km/h. Dan jawapannya ialah...

Islam merupakan kata nama. Kata nama menujukkan nama, dan hanyalah nama semata-mata. Berbeza pula dengan islam. islam merupakan kata kerja. Ia menunjukkan perbuatan dan amalan. Jelas disini, Islam dan juga islam adalah 2 perkataan yang sama tetapi sangat berlainan maksudnya. Islam dalam erti kata sebenar bermaksud ad-din, atau menyeluruh. Ia merangkumi setiap aspek kehidupan, bukan hanya ritual semata-mata seperti agama lain. Jadi, yang mana satukah anda? Islam? ataupun islam?

P/S: Aku tak de masa nak carikan maksud Kata Nama dan Kata Kerja tu dengan lebih lanjut. Sebarang kesilapan harap ditegur.. Then, sepanjang pencarian gambar kat google untuk post aku ni, aku jumpa byk sgt gambar dan kartun yg menghina Islam. Ermm.. Insyaallah aku akan cuba ulas utk post akan dtg..

Sempena cuti kemerdekaan Malaysia ke-52, aku bersama seorang gadis istimewa telah mengambil keputusan untuk pulang bercuti ke umah Mak Teh aku di Parit Raja, Batu Pahat. Aku ni jarang balik bercuti sejak dua menjak ni tapi disebabkan ade sikit task yang perlu disetelkan, aku balik la ke sana. Lagipun member aku ramai balik umah minggu tu, bosan la nak dok UTM ni tak de member..

Jam 4.35, bas yang aku tunggu pon sampai. Aku naik la dengan hati gembira berlatar belakangkan lagu Balik Kampung karya Allahyarham Sudirman Arshad. Namun mood gembira aku td diganggu sedikit oleh seko amoi yang merampas sit aku. Lepas confirmkan tu sit aku, aku dengan penuh kemesraan berkata "Ni sit sy, u nak duduk sini boleh tapi mana sit u?". Dengan muka beruk betina bunting nak kene pijak kat perut, amoi tu pandang aku. Beliau patut bersyukur pada Tuhannya kerana aku ni memang seorang yang sukakan kedamaian. Jadi aku bertanya la lagi dengan senyuman dibibir, "Mana sit u? Kite tuka.." Dengan muka yang sama ditambah lagi dengan mukanya yang tak cantik pun (tapi body agak lawa la), dia pun mencabut earphone yang disumbatkan kedalam telinga badak bengapnya tersebut dan membuatkan aku bertanya lagi, "Mane sit u?". Akhirnya dia menunjukkan 2 sit kat area depan bas tanpa perasaan bersalah dan perkataan sorry pun. Mungkin bas tu keturunan atuk dia yang punya, aku cuba berfikiran positif. Aku pun gi je la duduk, dah malas la nak peduli pasal beruk betina tu lagi..

Bas ekspres tersebut bergerak dengan agak bising, mungkin disebabkan absorber depan rosak sikit kot. Sampai kat Tol Skudai, ade lagi 1 scene ala-ala slumdog millionaire yang menarik perhatian aku. Kelihatan seorang budak India yang tak la budak sangat membuang air kecil ditepi jalan. Aku tak marah kat budak tu, mungkin dia dah tak tahan. Tapi aku hairan ngan bapak dia yang tak pandai mengajar anaknya pendidikan moral tu. Petronas kat sebelah tol je, apsal kat situ gak ko nak suruh anak ko kencing? Mungkin aku kurang pengetahuan budaya diorang, so aku assume je la tu tradisi keluarga mereka. Orang kate bapak borek, anak rintik. Anak camtu, bapak camtu. Bapak camtu, datuk camtu and so on..

Sekitar jam 6.15, aku sampai ke destinasi. Aku tunjukkan kat apek driver tu tempat aku nak berhenti. Sebelum turun bas, aku pun ucap terima kasih kat apek tu atas sikap mesra pengguna beliau kat aku. Masa aku nak lintas jalan tu, muncul seko melayu cibai ni bawak moto Ex5 (je...) secara berbahaya. Sian kat gadis disisi aku tu, takut nak melintas. Salah aku gak, malas nak gune jejantas yang agak jauh tu.. Huhu.. Minta maaf la pada pengguna jalan raya kat situ masa tu. Aku tengok keta tak banyak, ditambah lagi aku ni tak melintas cam ayam, aku decide la nak lintas gitu je. Namun begitu, lepas moto tu melepasi aku je, dengan muke melayu kampung dia meludah ke tepi jalan. Nasib baik air liur 'suci' tu tak kena orang yang lalu-lalang tepi jalan. Mungkin dia merasakan jalan tu kampung dia yang punya dan ingin menanda kawasan tersebut macam yang anjing2 buat. Aku cuba berfikiran positif..

Akhirnya aku sampai ke rumah Mak Teh aku dengan selamat. Yang lepas tu biar la lepas. Forgive and forget is the best way to enjoy your life. Namun begitu, sepanjang perjalanan tadi aku boleh nampak persamaan yang membentuk perpaduan kaum rakyat Malaysia. Syukur.. 1 Malaysia!!!

About Me

My photo
I was born on 24th December 1988 at Dungun, Terengganu but live at Kuching, Sarawak. I'm now studying at UTM (Technological University of Malaysia) located at Skudai, Johor in Degree of Chemical Eng. (Bioprocess). I'm a happy, nice, believe in myself and a motivated person. I like to play computer games especially strategy games. That's a little things about me..

Followers