CORET-CARUT

Write And Share

"Kosmo, Jumaat, 11 September 2009, 'Pensyarah kedekut markah' buat laporan polis setelah 8 bulan menahan sabar setelah dihalau keluar dari USIM oleh Timbalan Naib Canselor dan dimaki-hamun oleh pelajarnya gara-gara enggan memanipulasi markah untuk meluluskan markah yang gagal.."

"Kosmo, 15 April 2009, seorang pensyarah yang hanya mahu dikenali sebagai 'Nor' terpaksa meletak jawapan gara-gara hanya 4 daripada 157 pelajar jurusan undang-undang lulus.."

2 berita kat atas ni menarik minat aku utk mencoret dan mencarut sikit dlm blog aku ni Bukan pe, hanya sekadar pendapat dan pandangan peribadi untuk dikongsi bersama.

Isu pensyarah kedekut markah ni bagi aku common la kat universiti ni. Aku pun ade gak pensyarah yang kedekut markah. Bukan sorang, berorang-orang lagi.. Biasa la tu. Tugas pensyarah adalah untuk mengajar, dan tugas pelajar adalah untuk belajar sampai dpt pe yg diajar walau pe pun caranya. Takkan dah masuk universiti pon nak bersuap cam budak skolah hingusan. Jadi, sebab pe ko dapat markah rendah? Sebab tu je tahap ko dalam exam.. Senang cerita. Wat pe nak marah pensyarah atas kebodohan dan kebengapan sendiri? Ye tak? Asyik2 nak senang. Nak lulus senang, nak kaya senang, nak hidup senang.. Sebab tu la graduan sampah je berlonggok skang. Kata seorang penjajah, "Bangsa paling pemalas di dunia ni adalah bangsa ******".. Penah dengar tak? Percaya tak? Aku percaya sepenuh hati. Dah betol nak deny pe lagi..

Aku tgk hampir sumer universiti skang ni hanya mementingkan jumlah graduan yg dikeluar disamping memastikan hasil2 tersebut mendapat kerja, tak kira la keja hanya jd guard sekali pun. Universiti merupakan sebuah akedemia (bukan akedemi fantasia bodo tu), ataupun gedung ilmu. Jadi sepatutnya, graduan2 yang terhasil dari sesebuah universiti merupakan seorang yg intelek, pencinta ilmu dan mempunyai sahsiah yang lebih baik berbanding orang yang gagal menempatkan diri ke universiti. Bukan seorang pemecah amanah dan pemakan rasuah yang tersohor. Bila kuantiti diutamakan lebih dari kualiti, maka hasilnya camni la, berlonggok-longgok graduan yang langsung tak de beza dengan cleaner yg cuma belaja sampai darjah 6 je. Dimana maruah universiti?? Sesuai la tu, universiti low class hasilkan graduan low life..

Namun begitu, kalau dah 4/157 je yang lulus, mesti de something wrong somewhere. Secara logik nyer la, takkan la 4 je mampu lulus. Bodoh sgt ke pelajar2 tu? Ataupun lecturer tu terlalu jumud sampai jawapan yang ade perbezaan perkataan 'oleh', 'dan', 'atau' dari buku teks tapi tak mengubah makna atau fakta pon nak dikosongkan? Kalau la de lecturer camtu, aku pon rase nak sepak gak perut dia. Biol tol.. Lagi baik jadi penyalin buku teks dari penyemak exam paper..

P/S: Adoi, mcm kutuk universiti sendiri je.. Kalo aku gi blaja kat Jepun dulu kan bagus.. Owh ye, jgn tenung gambar hiasan tu lame2.. Batal puase aku tak bertanggungjawab..

0 comments:

Post a Comment

About Me

My photo
I was born on 24th December 1988 at Dungun, Terengganu but live at Kuching, Sarawak. I'm now studying at UTM (Technological University of Malaysia) located at Skudai, Johor in Degree of Chemical Eng. (Bioprocess). I'm a happy, nice, believe in myself and a motivated person. I like to play computer games especially strategy games. That's a little things about me..

Followers