CORET-CARUT

Write And Share

Raya tahun ni lebih istimewa buat keluarga Mak Lang aku yang menerima kehadiran 'orang baru' sekaligus menaikkan pangkatnya daripada seorang ibu selama 27 tahun menjadi seorang nenek dan nenek aku di'up' lagi menjadi moyang. Bile dah dapat cucu pertama ni, seluruh ahli keluarga diorg pun jadi excited. Sumer menunjukkan kasih syg yg teramat sgt kat baby tu, tp baby tu wat muke cool je.. Bile tgk baby ni, aku mula rase kesian. Bukan kesian kat yang ni, tp kat sesetengah baby yg baru sehari dilahirkan dah menjadi santapan biawak angkara ibu bapa tak bertanggungjawab yg hanya tau menikmati 'plug and play' semata-mata tanpa mengambil kira faktor-faktor pencegahan..

Anak merupakan anugerah Allah yg sgt kompleks. Menjaga dan mendidik anak bukan la seperti kita bermaen ngan anak patung dizaman kanak2 dulu. Lama dulu aku ade terfikir, agaknya apakah cara yg paling sesuai untuk mendidik anak aku nanti? Bagi aku, tanggungjawab yg terpaksa dipikul oleh ibu bapa dalam menjaga dan mendidik anak merupakan satu task yg sgt susah. Salah cara didikan boleh menghasilkan anak yg boleh dikira sebagai 'hasil kajian' yang gagal.

Aku mulakan reseach dengan memerhatikan cara parents aku mendidik kami adik beradik. Parents aku kedua-duanya merupakan seorang yg mesra, tegas, penyayang, dan adil dalam membahagikan kasih syg kepada anak-anak. Namun begitu, mereka membawa role yg berbeza. Ayah aku sinonim dengan sikap beliau yg tegas dan garang. Kami dididik dari kecil untuk menghormati ayah dan to fear his anger. Mind set kami adik beradik, nak buat pe2 pun, jgn wat ayah marah. Kata-kata ayah juga adalah absolute. Bila ayah kate tak, maka jwpn nyer adalah tak. Ibu aku plak seorang yg tegas dan lembut. Masa kecik2 dulu, ibu lah merupakan org yg plg berani aku nak lawan sebab ibu tak segarang ayah. Berbeza dengan ayah, aku menghormati ibu kerana sikap lembutnya. Jadi, setiap perkara yg aku lakukan, aku tak nak wat ibu sedih.. (Tapi kdg2 de gak la.. Huhu).. Ibu gak seorang yg sporting dan pendengar masalah yg baik. Segala masalah kami lebih selesa dikongsikan dgn ibu. Kerana itu gak, ibu merupakan org yg plg rapat dgn kami berbanding ayah.

Kesimpulan dari observation aku, perkara yg plg penting dalam proses mendidik anak2 adalah menanam rasa hormat kepada ibu bapa yg tinggi dlm diri anak2. Kenapa rasa hormat? Dengan adanya rasa hormat yg tinggi ni, anak2 akan sentiasa mendahulukan nasihat dan arahan ibu bapa dalam setiap perkara yg ingin mereka lakukan. Rasa hormat ini perlu ada sejak mereka kecil lagi. Dgn ini, proses mendidik anak2 akan menjadi lebih mudah kerana anak2 lebih mendengar kata. Namun begitu, untuk dihormati, ibu bapa harus menjadi role model yang baik dr kaca mata anak2 mereka terlebih dahulu. Tanpa contoh yg baik dr ibu bapa, bagaimana anak2 nak menghormati mereka. Jadi, bila nak menyalahkan anak, ibu bapa patut muhasabah diri mereka sendiri terlebih dulu..

4 comments:

Salam..

Apa yg aku perasan, typical malays memang didik anak secara tegas..normally ayah la yg always right sebab dia ketua keluarga.(melayu moden lebih terbuka).

bagi aku ibu bapa hanya perlu lebih peka dan memahami karakter anak2. Komunikasi dua hala sangat penting. Garang x bertempat hanya membangkitkan rasa takut dlm diri anak2 bukan rasa hormat..that's why malays are afraid to contribute ideas. Setiap kali nak pertahankan pendapat je kena smash..

sorry la terkomen panjang pulak.. nice entry anyway.

Wsalam..

Actually, bukan malay je yg amalkan sikap tegas ni. Bangsa lain seperti jepun pun sama. Malah sgt tegas. Tegas sgt perlu dlm membentuk disiplin dan sikap garang skit perlu ada dalam ketegasan.. Perlu gak dibezakan antara tegas, garang dan dera.. Penderaan yg tak patut, bukan ketegasan..

Nak pertahankan pendapat pun kne ade cara. Kalo semata-mata nak pertahankan pendapat, kita tengking ibubapa, tu dah jadi krg ajar. Mmg ptt kne sedkit lempangan syg.. Ahaks.. Dalam setiap organisasi perlu ade seorg pemimpin. Cam tu gak dlm institusi kekeluargaan. Namun x semesti nya bapa, tapi biasanya bapa la..

sorry ter'reply' pnjg.. thx for commenting anyway.. huhu.. tertiru ko lak ye..

uit..congrate..xtau kau ingat aku lg x..huhu..jdla pakcik yg baik ye...cucu sulung memg dimanjakn..apatah lg ank sulung..bru lahir dh smua org excited...nant dh besa ckit..smua cbuk lak nk jaga dia..haha

~yup~i still remember bout da baby yg dimakan biawak....sungguh kesiannnn...

Post a Comment

About Me

My photo
I was born on 24th December 1988 at Dungun, Terengganu but live at Kuching, Sarawak. I'm now studying at UTM (Technological University of Malaysia) located at Skudai, Johor in Degree of Chemical Eng. (Bioprocess). I'm a happy, nice, believe in myself and a motivated person. I like to play computer games especially strategy games. That's a little things about me..

Followers